Kesedaran Pendidikan Teknologi Hijau Kepada Komuniti Dan Warga Sjkt Ladang Victoria, Padang Serai, Kedah

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2017) Kesedaran Pendidikan Teknologi Hijau Kepada Komuniti Dan Warga Sjkt Ladang Victoria, Padang Serai, Kedah. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (2300Kb) | Preview
    Official URL: http://cetree.usm.my

    Abstract

    PADANG SERAI, Kedah, 6 Mac 2017 CETREE telah dijemput mengadakan satu pameran bergerak di SJK(T) Ladang Victoria. Program yang telah berlangsung sepanjang waktu persekolahan itu, melibatkan seluruh warga sekolah bersama ibu bapa yang turut sama memeriahkan program selama separuh hari waktu persekolahan. Encik M.Loganathan, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJK (T) Ladang Victoria berkata " pameran ini merupakan satu inisiatif pihak sekolah yang bertujuan memberi kesedaran dan pendedahan kepada komuniti dan seluruh warga sekolah berkaitan pendidikan Teknologi Hijau ". UPB CETREE @ SJKT LADANG VICTORIA, PADANG SERAI, KEDAH Menurut beliau lagi, pameran ini juga bertujuan memberi pendedahan tentang Teknologi hijau kepada komuniti dan seluruh warga sekolah kawasan luar bandar seperti sekolah tersebut yang kurang mendapat pendedahan yang sama seperti sekolah di kawasan bandar. Semasa pameran tersebut pelbagai aktiviti seperti taklimat serta ceramah berkaitan kesedaran Teknologi Hijau, demonstrasi kioskkiosk Teknologi Hijau, edaran risalahrisalah berkaitan Kecekapan Tenaga dan pameran Unit Pameran Bergerak telah diadakan. Menurut En. Syafiq Saifullah Azmi, pegawai CETREE USM maklumbalas yang positif telah diperoleh daripada pihak sekolah terutamanya daripada En.D.Asokumar, Guru Besar SJK(T) Ladang Victoria, Yang Dipertua PIBG sekolah dan seluruh warga sekolah setelah selesai program dijalankan.

    Item Type: Article
    Subjects: T Technology
    Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
    Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
    Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
    Date Deposited: 12 Apr 2017 10:31
    Last Modified: 15 May 2017 09:51
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33130

    Actions (login required)

    View Item
    Share