Kenderaan Berteknologi Hijau

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2012) Kenderaan Berteknologi Hijau. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

Unit Pameran Bergerak merupakan salah satu unit dalam organisasi CETREE, USM. Unit ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan Tenaga Diperbaharui (TD) dan Kecekapan Tenaga (KT). Melalui unit ini, CETREE dapat menyumbangkan pengetahuan dan kemahiran mengenai Teknologi Hijau secara langsung kepada golongan profesional, sekolah, institusi pengajian tinggi dan orang awam di seluruh Malaysia. Unit ini juga bertindak secara langsung sebagai duta CETREE dan USM dalam usaha mempromosikan hasil kajian Teknologi Hijau kepada masyarakat. Melalui unit ini, pendekatan pembelajaran, latihan dan pemahaman dapat diaplikasi melalui pendedahan secara "hand-on" dengan menggunakan peralatan dan kit serta kelengkapan berkaitan Teknologi Hijau. Dalam usaha untuk memberikan pendedahan yang lebih jelas kepada masyarakat , Unit Pameran Bergerak menggunakan Van dan Bas Mini Teknologi Hijau, kenderaan yang mengaplikasikan penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan seharian. Kenderaan ini berkonsepkan rumah mini serta menggunakan 100% minyak masak terpakai sebagai bahan bakar selain menggunakan 100% tenaga elektrik yang dijana dari tenaga suria.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 11 Apr 2017 03:21
Last Modified: 13 Mar 2020 02:18
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33071

Actions (login required)

View Item View Item
Share