Kempen Penjimatan Tenaga, Air Dan Sisa-Sisa Pepejal Dikalangan Warga Hospital Sultan Abdul Halim (Hsah), Sg.Petani, Kedah

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Kempen Penjimatan Tenaga, Air Dan Sisa-Sisa Pepejal Dikalangan Warga Hospital Sultan Abdul Halim (Hsah), Sg.Petani, Kedah. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (4MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

SUNGAI PETANI, 16 Ogos 2016 – Pihak Pengurusan Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah dengan kerjasama pihak Edgenta Mediserve Sdn. Bhd.(EMSB) telah mengadakan satu Kempen Kesedaran Penjimatan Tenaga, Air dan SisaSisa Pepejal kepada masyarakat dan seluruh warga staf Hospital Sultan Abdul Halim. Kempen ini berlangsung selama sehari dan ia diserikan lagi dengan kehadiran pegawaipegawai tertinggi agensi kerajaan dan swasta dalam memberikan ideaidea serta pandangan positif berkaitan kempen yang dijalankan ini dan berpeluang meluangkan masa melawat ke Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE. Objektif utama kempen ini adalah untuk menyemai amalan kesedaran tentang penjimatan Tenaga, Air dan SisaSisa Pepejal di kalangan masyarakat dan seluruh warga staf Hospital Sultan Abdul Halim. Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) berperanan untuk meningkatkan kesedaran umum masyarakat di Malaysia terhadap ciriciri sosial masyarakat dan warga staf di jabatan kerajaan yang positif berkenaan penjimatan Tenaga, Air dan Sisasisa Pepejal. Ciriciri sosial yang positif akan memupuk sesuatu masyarakat dan warga staf di jabatan kerajaan mengaplikasikan amalan penjimatan Tenaga, Air dan Sisasisa Pepejal dalam kehidupan seharian. Isu penjimatan Tenaga, Air dan Sisasisa Pepejal adalah sangat penting bagi membantu kerajaan dalam usaha bagi mendidik masyarakat dan warga staf di jabatan kerajaan tersebut menggunakan sumber tenaga yang sediada seminima yang mungkin. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan bagi menjimatkan penggunaan bahan api (minyak,gas dan arang batu) yang semakin susut bekalannya di Malaysia. Malahan pula,bagi mewujudkan satu mekanisma pemindahan ilmu dan komunikasi yang strategik, maka tumpuan yang disasarkan ialah masyarkat umum dan warga staf di jabatan kerajaan seperti Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah untuk memahami dan memberi sokongan terhadap perancangan negara, programprogram pendidikan, latihan dan kesedaran tentang penjimatan Tenaga, Air dan Sisasisa Pepejal adalah amat diperlukan. Tujuan Kempen Penjimatan Tenaga, Air dan Sisasisa Pepejal tersebut diadakan adalah untuk menyemai tabiat menggunakan tenaga, air dan sisa pepejal secara bijaksana dan berkesan. Antara aktiviti aktiviti yang dilaksanakan sepanjang kempen berlangsung merupakan pameran dan ceramah daripada agensi kerajaan dan swasta seperti Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Keementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kedah Medical Centre (KMC), CETREE serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 11 Apr 2017 03:15
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33069

Actions (login required)

View Item View Item
Share