Karnival Sains 2016 Peringkat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Karnival Sains 2016 Peringkat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (2MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

KEPALA BATAS, 27 Februari 2016Satu Karnival berkonsepkan tema sains peringkat Kolej Matrikulasi telah berlansung dengan jayanya di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Karnival ini melibat penyertaan dikalangan seluruh warga dan pelajar pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang serta Kolej Matrikulasi kawasan utara semenanjung Malaysia. Karnival yang berlangsung selama sehari, telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung – pengunjung yang hadir ke karnival tersebut. Pelbagai pengisian program dan jemputan pameran yang telah dirancang berjalan dengan jayanya sepanjang karnival tersebut berlangsung. Antara agensi kerajaan dan swasta yang turut sama memeriahkan karnival tersebut adalah seperti Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE&GT), Kementerian Kesihatan Malaysia, Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM, Pasukan Hamzat Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Cawangan Prai, Pulau Pinang, Agensi Pertahanan Awam Malaysia, Majlis Perbandaran Seberang Prai, Jabatan Alam Sekitar, Pulau Pinang, Ecogarden Asia Plant Nursery Terrarium & Mini Garden dan Arca Cahaya (M) Sdn. Bhd. Karnival ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan memupuk minat di kalangan para pelajar para pengunjung yang hadir terhadap bidang sains dan Teknologi Hijau. Karnival Sains 2016 peringkat Kolej Matrikulasi diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Dr. Haji Zainal Aalam Bin Hassan, Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai perasmi bagi majlis penutupan Karnival Sains 2016 peringkat Kolej Matrikulasi yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 11 Apr 2017 01:43
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33051

Actions (login required)

View Item View Item
Share