Karnival Pendidikan, Sains Dan Jejak Inovasi Peringkat Daerah Temerloh (Kaspen) 2012

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2012) Karnival Pendidikan, Sains Dan Jejak Inovasi Peringkat Daerah Temerloh (Kaspen) 2012. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (1403Kb) | Preview
    Official URL: http://cetree.usm.my

    Abstract

    TEMERLOH, 2 MAC 2012 - Saban tahun Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi memang sinonim dengan Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) . Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh menyahut seruan kerajaan dengan membawa cetusan idea ataupun input berkaitan Pendidikan Sains dan Teknologi ke seluruh masyarakat komuniti Daerah Temerloh dengan menganjurkan Karnival Sains dan Pendidikan Peringkat Daerah Temerloh (KASPEN) 2012 . KASPEN 2012 ini bertujuan untuk melahirkan pelajar peka terhadap perubahan dan perkembangan semasa, khususnya dalam bidang sains dan teknologi baru. Selain itu juga, melengkapkan pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan dan pekerjaan. Karnival Sains dan Pendidikan Peringkat Daerah Temerloh (KASPEN) 2012 diserikan lagi dengan kehadiran YB. Dato’ Saifuddin Abdullah, DSAP,DPMP, DSM, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bagi merasmikan majlis penutupan Karnival Sains, Pendidikan dan Inovasi Daerah Temerloh 2012. Antara program yang dilaksanakan sepanjang 3 hari bermula pada 2-4 Mac 2012 ialah pertandingan Choral Speaking, pertandingan Bercerita Sains dalam Bahasa Inggeris dan Melayu, pertandingan Public Speaking, Mencerap Bulan Bintang, Playsmart Petrosains, Program Kids Invent dan Pameran Agensi-Agensi Kerajaan. Manakala CETREE merupakan agensi yang terbanyak pertandingan untuk disertai pelajar antaranya ialah Solar Car Competition, Efficiency Energy Cooking Competition dan EUREKA RE&EE. Walaubagaimanapun Karnival Sains dan Pendidikan Peringkat Daerah Temerloh (KASPEN) 2012 dibantu agensi-agensi pameran antaranya ialah Pusat Sains Negara (Pameran Bas), Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Temerloh (Pameran Bas), CETREE (Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau Bas & Van), Yayasan Inovasi Malaysia, Yayasan Angkasawan Malaysia, Petrosains, Planetarium Negara dan Jabatan Meteorologi Malaysia bagi memeriahkan lagi sepanjang KASPEN 2012 berlangsung. Hampir 3000 orang pengunjung yang hadir bagi memeriahkan sepanjang KASPEN 2012 berlangsung. Pelabagai coretan-coretan manis yang dapat kelihatan sepanjang KASPEN 2012 berlangsung . Pelbagai peringkat umur, budaya dan pangkat turut serta selama 3 hari KASPEN 2012 dilangsungkan. Ini disebabkan tertanam satu sifat didalam masyarakat komuniti daerah Temerloh iaitu tidak akan melepaskan peluang yang mungkin hanya sekali sahaja dalam sejarah dengan adanya Karnival yang sehebat yang dilihat.

    Item Type: Article
    Subjects: T Technology
    Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
    Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
    Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
    Date Deposited: 11 Apr 2017 09:40
    Last Modified: 15 May 2017 09:51
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33048

    Actions (login required)

    View Item
    Share