CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Karnival Pendidikan Sains & Teknologi Peringkat Negeri Pulau Pinang 2016. Berita@Cetree.
|
PDF
Download (3MB) | Preview |
Abstract
BUKIT MERTAJAM, 22 Julai 2016 - Satu Karnival Pendidikan Sains & Teknologi (KaSTEK) peringkat negeri Pulau Pinang telah berlansung di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang melibat penyertaan dikalangan pelajar sekolah menengah dan rendah seluruh negeri Pulau Pinang. Karnival yang berlangsung selama tiga hari mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada sekolah-sekolah yang memasuki pertandingan. Antara pertandingan yang dijalankan sepanjang karnival berlangsung merupakan merupakan pertandingan cetusan idea daripada CETREE& GT dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Solar Car Competition, Solar Boat Competition, Eureka Beach House dan Energy Efficiency Cooking With Nature Competition. Disamping itu juga, pelbagai jemputan pempamer turut sama memeriahkan lagi karnival berkenaan. Antaranya ialah Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE>, Pusat Sains Negara dan Perpustakaan Bergerak negeri Pulau Pinang. Karnival ini bertujuan untuk menambah pengetahuan, memberi kesedaran dan memupuk minat di kalangan para pelajar terhadap bidang sains, teknologi kejuruteraan dan teknologi hijau. Di samping itu, program ini turut menggalakkan pelajar - pelajar untuk bersaing secara sihat menerusi aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | T Technology |
Divisions: | Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE |
Depositing User: | HJ Hazwani Jamaluddin |
Date Deposited: | 10 Apr 2017 07:10 |
Last Modified: | 15 May 2017 01:51 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/33017 |
Actions (login required)
View Item |