Hassan, Muhammad Hafiz (2014) Effect of the bagging configuration on the properties of vacuum-bagging-only (VBO) - Oven cured in complex-shaped composites. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
|
PDF
Download (213kB) | Preview |
Abstract
Dengan keperluan dalam industri aeroangkasa yang semakin meningkat untuk mengeluarkan komponen komposit yang lebih besar dalam masa yang sama, kos dapat dikurangkan, teknologi pembuatan di luar-penggunaan-autoklaf mungkin memberi jawapan untuk permasalahan tersebut. Walau bagaimanapun, kerja-kerja pembangunan ke atas proses tersebut yang menggunakan bahan-bahan pra-pembentukan laminat untuk mencapai kandungan udara terperangkap yang minimum tanpa dikenakan tekanan luar yang tinggi dari autoklaf telah terbukti ia adalah cabaran utama. Kajian penyelidikan ini memberi tumpuan khusus kepada proses vakum beg. Dalam kajian awal, lapan konfigurasi vakum beg yang terdiri daripada tiga parameter utama pemprosesan, iaitu penggunaan pelapik filem (PTFE), pengudaraan di pinggir laminat dan penggunaan pemberat telah dicadangkan untuk meningkatkan kualiti komposit laminat berbentuk L. Spesimen seterusnya dinilai berdasarkan tahap keseragaman dan tahap kandungan udara terperangkap. Keputusan kemudiannya dinilai menggunakan kaedah analisis varians untuk menentukan peratusan pengaruh bagi setiap proses parameter dalam peningkatan kualiti stuktur laminat. With the growing needs of the aerospace industry to produce larger composite components at reduced costs, Out-of-Autoclave (OOA) manufacturing technology is perhaps the answer for the problem. However, the development work of the OOA process using prepreg materials to achieve minimum void content without high external pressure from the autoclave proved to be a major challenge. The research study focused specifically on the vacuum bagging process. In the initial study, eight bagging configurations which consist of three main processing parameters, including the use of release film (PTFE) , edge breather and the intensifier were proposed to improve the quality of the L-shaped laminate composites.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ241-254.7 Machine construction (General) T Technology > TN Mining Engineering. Metallurgy > TN263-271 Mineral deposits. Metallic ore deposits. Prospecting |
Divisions: | Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (School of Mechanical Engineering) > Thesis |
Depositing User: | Mr Badli Syahar Bakhtier |
Date Deposited: | 12 Apr 2017 01:49 |
Last Modified: | 12 Apr 2019 05:26 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/33001 |
Actions (login required)
View Item |