Jom Masuk Ipt Peringkat Zon Utara Tahun 2017

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2017) Jom Masuk Ipt Peringkat Zon Utara Tahun 2017. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (5MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

GELUGOR, 6 Mac 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) sekali diberi kepercayaan menjadi hos utama Zon Utara oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk melaksanakan Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN). Karnival yang telah berlangsung di padang kawad USM pada 4 dan 5 Mac melibatkan 110 pameran daripada 20 Universiti Awam, 47 Universiti Swasta, 43 Agensi serta tiga Politeknik dan 19 Kolej Komuniti. UPB CETREE @ KARNIVAL JOM MASUK IPT 2017 Karnival yang dirasmikan oleh Datuk Nik Ali Mat Yunus, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti Kuiz jom masuk IPT, Pameran Pendidikan, Program Soaring Upwards, Pemeriksaan Kesihatan, Kempen Derma Darah, Keusahawanan Pelajar serta Program bersama Pusat Pengajian USM. CETREE melalui Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau turut sama menjayakan karnival tersebut dengan mengadakan pameran untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada para pengunjung yang hadir mengenai betapa pentingnya pendidikan Teknologi Hijau pada masa kini. Pelbagai kioskkiosk Teknologi Hijau yang dapat disaksikan serta boleh dijadikan pengajaran dan ilmu pengetahuan bersama turut dipamerkan. Antara aktiviti yang turut dijalankan oleh CETREE USM ialah ceramah berkaitan kesedaran Teknologi Hijau, demonstrasi kioskkiosk Teknologi Hijau, edaran risalahrisalah berkaitan Kecekapan Tenaga dan Unit Pameran Bergerak.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 10 Apr 2017 03:36
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32993

Actions (login required)

View Item View Item
Share