Jelajah Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau 1 Malaysia

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2012) Jelajah Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau 1 Malaysia. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

Program 1 Hijau 1 Komuniti Miri 2012 dan Jelajah Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau 1 Malaysia merupakan satu program kesedaran dan pengetahuan Teknologi Hijau kepada kalangan masyarakat di Miri, Sarawak. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air telah dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE), Kementerian Pelajaran Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Program 1 Hijau 1 Komuniti dan Jelajah Pameran Bergerak Teknologi Hijau 1 Malaysia ini telah dirasmikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air juga merupakan Ahli Parlimen Bahagian Miri, YB Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui pada 18 Jun 2012. Pelbagai aktiviti menarik berkaitan dengan alam sekitar diadakan seperti Ceramah Teknologi Hijau yang disampaikan oleh Pegawai CETREE, permainan Puzzle bertemakan ‘Go Green’ serta Bengkel Pemasangan Solar Boat dan Solar Boat Car. Turut diadakan ‘Team Building’ yang memerlukan kreativiti pelajar-pelajar mereka cipta sesuatu yang menarik menggunakan bahan-bahan terpakai seperti surat khabar dan permainan “Snake Game’ mempunyai informasi teknologi hijau. Semasa program ini dijalankan, turut diedarkan juga Borang Kaji Selidik berkonsepkan KAP (Knowledge, Attitude, Practise) yang bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan dan amalan mereka tentang Teknologi Hijau. Sempena program ini, unit pameran bergerak ini telah menjelajah 9 lokasi iaitu SK Agama (Mis) Miri, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, SMK St. Columba Miri, SMK St. Joseph Miri, SK Anchi Miri, SK Lutong Miri, SMK Agama Miri, SK Kuala Baram 2 dan SK Lambir Village. Seramai 1075 pelajar daripada 46 sekolah termasuk sekolah rendah dan sekolah menengah sekitar Miri telah menyertai program ini.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 10 Apr 2017 03:31
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32992

Actions (login required)

View Item View Item
Share