Jaringan Kerjasama Pintar Antara Sekolah Berprestasi Tinggi Dan Cetree

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Jaringan Kerjasama Pintar Antara Sekolah Berprestasi Tinggi Dan Cetree. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (4Mb) | Preview
    Official URL: http://cetree.usm.my

    Abstract

    MINDEN, 8 DISEMBER 2016 – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) dikunjungi oleh rombongan guru guru daripada Sekolah Kebangsaan Air Merah, Kulim, Kedah yang merupakan sekolah berprestasi tinggi. Kunjungan tersebut merupakan lawatan kerja dan jalinan kerjasama di antara sekolah dan CETREE yang bermula pada tahun 2015 yang diketuai oleh Puan Kwon Kioew dan 4 orang guru Sains dan Matematik sekolah. Objektif utama lawatan tersebut bertujuan untuk bekerjasama dalam meningkatkan pengetahuan tentang Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau dikalangan pelajar, guru dan masyarakat serta memahami peranan CETREE dalam pendidikan yang berkonsepkan Teknologi Hijau (Kecekapan Tenaga) dalam kehidupan seharian. Di samping itu juga, lawatan tersebut dapat memperkaya pengalaman, ilmu pengetahuan mengenai pengurusan, pentadbiran, bertukar idea, kreativiti dan inovasi dalam pelbagai bidang diantara sekolah dan CETREE bagi jangkamasa yang akan datang. Slot pengisian program telah ditetapkan sepanjang lawatan tersebut dengan sesi taklimat serta sesi soal jawab guru – guru bersama Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengarah CETREE dan Encik Mohd Sukri Shafie, Pegawai Penyeldik Kanan, CETREE. Maklumbalas positif yang diterima daripada guruguru amat menggalakkan dan berharap usaha murni serta kerjasama bersama CETREE dapat dicapai pada masa akan datang.

    Item Type: Article
    Subjects: T Technology
    Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
    Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
    Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
    Date Deposited: 10 Apr 2017 11:22
    Last Modified: 15 May 2017 09:51
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32990

    Actions (login required)

    View Item
    Share