Jaringan Kerjasama Cetree&Gt Bersama - Sama Agensi Dibawah Mosti Dalam Membudayakan Sains, Teknologi Dan Inovasi

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Jaringan Kerjasama Cetree&Gt Bersama - Sama Agensi Dibawah Mosti Dalam Membudayakan Sains, Teknologi Dan Inovasi. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (2895Kb) | Preview
    Official URL: http://cetree.usm.my

    Abstract

    BALING, 10 Mei 2016- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan satu program pembudayaan Sains, Teknologi & Inovasi (STI) ke SMK Kuala Pegang, Baling, Kedah yang dikenali sebagai Program Innospace. Program ini merupakan kerjasama agensi – agensi dibawah MOSTI serta rakan inovasi seperti USM dan CETREE&GT. Innospace merupakan gabungan perkataan “Innovation” dan “Space” yang membawa maksud “tempat untuk berinovasi”. Konsep program ini dilihat selari dengan matlamat teras yang telah digariskan dalam Dasar Sains dan Teknologi Negara (DSTIN); yang bertujuan untuk memberi kesedaran, membudayakan serta menggalakkan pembelajaran STI di pelbagai peringkat masyarakat. Program dan aktiviti yang berlangsung pada 9 hingga 10 Mei 2016 mampu mewujudkan budaya pemikiran sainstifik, kreatif dan inovatif di kalangan rakyat Malaysia. Pelaksanaan program ini dilihat penting bagi mencapai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Program ini melibat penyertaan dikalangan seluruh warga sekolah dan komuniti di kawasan Kuala Pegang, Baling, Kedah. Program yang berlangsung selama dua hari, telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar – pelajar dan masyarakat komuniti yang hadir ke program tersebut. Pelbagai pengisian program dan jemputan pameran yang telah dirancang berjalan dengan jayanya sepanjang program tersebut berlangsung. Antara agensi kerajaan yang turut sama memeriahkan program tersebut adalah seperti Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE&GT), Jabatan Meteorologi Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Yayasan Angkasawan Negara dan Pusat Sains Negara.

    Item Type: Article
    Subjects: T Technology
    Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
    Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
    Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
    Date Deposited: 10 Apr 2017 10:48
    Last Modified: 15 May 2017 09:51
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32989

    Actions (login required)

    View Item
    Share