Jaringan Cetree&Gt Bersama Sekolah Berprestasi Tinggi, Sk Air Merah, Kulim, Kedah Berkaitan Teknologi Hijau

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2015) Jaringan Cetree&Gt Bersama Sekolah Berprestasi Tinggi, Sk Air Merah, Kulim, Kedah Berkaitan Teknologi Hijau. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

KULIM, 14 Mei 2015- Sekolah Kebangsaan(SK) Air Merah telah menganjurkan Hari Sains & Matematik dengan penglibatan seluruh warga sekolah dan sekolah-sekolah sekitar SK Air Merah. Majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid dan guru. Antara pengisian program majlis tersebut adalah ceramah bertajuk “Teknologi Hijau” yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Soib Taib, Pengurus Tugas CETREE&GT. Ceramah ini bertujuan memupuk kesedaran dan minat yang mendalam bagi pelajar-pelajar terhadap peranan dan tanggungjawab diri dalam melindungi alam sekitar dan bumi Malaysia. Pengisian seterusnya merupakan aktiviti hands-on kepada murid-muridyang dikendalikan oleh pegawai-pegawai dari CETREE&GT. Aktiviti ini berkaitanpengiraan Audit tenaga mudah bagi mengenal pasti peluang penjimatan tenaga. Muridmurid mendapat manfaat daripada aktiviti audit ini dimana mereka dapat membezakan antara tenaga digunakan atau dibazirkan serta dapat diaplikasi di rumah masing-masing. Pertandingan 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle juga diadakan dengan kreativiti murid-murid membina beg kitar semula yang hanya menggunakan bunting terpakai dan bekas untuk kegunaan seharian serta menguji ketahanan bekas tersebut. Aktiviti 3R ini adalah untuk memupuk nilai kesedaran tentang kepentingan mengelola dan menangani sampah mengikut jenis seperti plastik, kaca dan kertas. Apabila sampah ini dikelaskan mengikut kategorinya maka mudah untuk dimanfaatkan semula sisa-sisa itu. Selain daripada itu, diadakan juga pameran daripada Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE&GT dan Jabatan Pembangunan Masyarakat Kulim yang turut serta bagi memeriahkan majlis tersebut. Majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Hari Sains & Matematik ini bertujuan mewujudkan sikap bekerjasama dan murid diberi peluang untuk berinteraksi secara aktif. Di samping itu, mereka dapat menyuarakan pendapat dan mencungkil bakat serta dapat mengaplikasikan penjimatan sumber dalam kehidupan harian mereka. Majlis ini disempurnakan dengan majlis perasmian penutupan oleh Haji Zaidi Bin Zainun, Pegawai Tadbir/Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat Kulim, Kedah dan penyampaian hadiah dan sijil penyertaan kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 10 Apr 2017 02:44
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32988

Actions (login required)

View Item View Item
Share