Cetree&Gt Membantu Kettha Mempromosikan Kempen " Green Is A Lifestyle "

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Cetree&Gt Membantu Kettha Mempromosikan Kempen " Green Is A Lifestyle ". Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (3525Kb) | Preview
    Official URL: http://cetree.usm.my

    Abstract

    PUTRAJAYA, 2 Jun 2016 - Satu majlis pelancaran kempen yang bertemakan “ Green Is A Lifestyle ” telah berlansung dengan jayanya di Taman Botani, Putrajaya. Kempen ini melibatkan penyertaan dikalangan seluruh warga penduduk Putrajaya serta yang bekerja disekitar kawasan Putrajaya. Kempen ini merupakan salah satu usaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bersama dengan agensi – agensi di bawah KeTTHA iaitu Suruhanjaya Tenaga dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia). Kempen ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan meningkatkan kesedaran rakyat mengenai pembangunan pertumbuhan hijau dan gaya hidup hijau terutamanya dalam tenaga lestari, penjimatan penggunaan elektrik, dan air serta pelaksanaan amalan kitar semula. Kempen yang berlangsung selama sehari, telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung – pengunjung yang hadir ke program tersebut. Pelbagai pengisian aktiviti hands-on (kereta solar dan bot solar) bersama – sama pelajar sekolah menengah di sekitar kawasan Putrajaya dan jemputan pameran yang telah dirancang berjalan dengan jayanya sepanjang program tersebut berlangsung. Antara agensi kerajaan yang turut sama memeriahkan kempen tersebut adalah seperti Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE&GT), Suruhanjaya Tenaga, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia), Malaysian Green Technology Corporation (MGTC), Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Bekalan Air (JBA) , Jabatan Hijau Malaysia (YaHijau), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Bekalan Air (JBA) , Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd Kempen “ Green Is A Lifestyle ” diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sebagai perasmi bagi majlis pelancaran Kempen “ Green Is A Lifestyle ” yang berlangsung di Taman Botani, Putrajaya. Terkini

    Item Type: Article
    Subjects: T Technology
    Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
    Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
    Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
    Date Deposited: 10 Apr 2017 09:58
    Last Modified: 15 May 2017 09:51
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32986

    Actions (login required)

    View Item
    Share