CETREE Tingkat Kesedaran Teknologi Hijau

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau CETREE Tingkat Kesedaran Teknologi Hijau. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (1286Kb) | Preview
    Official URL: http://cetree.usm.my

    Abstract

    MELAKA 12 Jun - Penubuhan projek Centre for Education, Training and Research in Renewable Energy and Energy Efficiency (CETREE) sejak tahun 2000 adalah bagi membantu kerajaan negeri merealisasikan Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang 2020.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ia membantu pihaknya meningkatkan pendidikan dan latihan kepada masyarakat terutama golongan pelajar terhadap kesedaran teknologi hijau. Menurutnya, usaha terbaharu kerajaan negeri adalah mewujudkan Jawatankuasa Induk Teknologi Hijau yang dikenali sebagai Majlis Teknologi Hijau Negeri Melaka pada Mei lalu.''Di bawah jawatankuasa induk itu, kerajaan negeri bersetuju menubuhkan Majlis Bangunan Hijau Malaysia Melaka, Majlis Teknologi Hijau kawasan lapang, sungai dan pantai termasuk Majlis Teknologi Hijau Pengangkutan dan Infrastruktur," katanya. Beliau berucap merasmikan Karnival Komuniti Hijau peringkat negeri di Dataran Sungai Melaka yang turut dihadiri Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Noriah Kasnon di sini, hari ini.Teks ucapan beliau disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Sungai Rambai, Hasan Rahman. Universiti Sains Malaysia (USM) dilantik sebagai badan yang melaksana aktiviti CETREE dengan menawarkan ruang pejabat, fasiliti latihan dan kakitangan yang pakar mengikut kepakaran tertentu.Antara kemudahan itu termasuk menyediakan Unit Pameran Bergerak yang mempamerkan kaedah bahan api yang digunakan dan peralatan serta perkakasan 'hands on'. Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri menggariskan lima Teras Strategik Pelan Induk Teknologi Hijau ke arah mencapai sasaran negeri bandar teknologi hijau menjelang 2020.Jelas beliau, lima teras itu termasuk mengukuhkan kerangka institusi, menyediakan persekitaran pembangunan teknologi hijau yang kondusif dan memperkukuh pembangunan modal insan.

    Item Type: Article
    Subjects: T Technology
    Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
    Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
    Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
    Date Deposited: 06 Apr 2017 16:27
    Last Modified: 15 May 2017 09:51
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32912

    Actions (login required)

    View Item
    Share