Bengkel Tenaga Boleh Baharu (TBB) Dan Kecekapan Tenaga (KT) 2013 Di Bumi Kenyalang

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2013) Bengkel Tenaga Boleh Baharu (TBB) Dan Kecekapan Tenaga (KT) 2013 Di Bumi Kenyalang. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

Sarawak, Selasa – Seramai 226 orang guru sekolah rendah dari 6 buah daerah di negeri Sarawak telah mengikuti Bengkel Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga yang dianjurkan oleh CETREE&GT, Universiti Sains Malaysia. Daerah-daerah yang telah berjaya mengikuti bengkel selama 3 hari 2 malam ini adalah Samarahan,Kuching,Maradong, Sibu,Belaga dan Bau. Agenda bengkel ini adalah untuk memupuk kesedaran berkenaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) dan Kecekapan Tenaga (KT) melalui pendidikan sekolah rendah di Malaysia. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melatih guru- guru sekolah rendah mengguna pakai modul (9 mata pelajaran utama) dan Alat Bantu Mengajar TBB dan KT yang telah dibangunkan oleh CETREE&GT serta mengaplikasikan penggunaannya di sekolah. Bengkel pertama diadakan di Premier Hotel,Sibu, Sarawak bermula pada 25-27 April 2013 dan seterusnya di Penview Hotel, Kuching, Sarawak pada 28-30 April 2013. Peserta-peserta program terdiri daripada golongan guru pelbagai mata pelajaran di sekolah.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 06 Apr 2017 08:24
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32911

Actions (login required)

View Item View Item
Share