Bengkel Pemurnian Modul Teknologi Hijau Sekolah Menengah Dan Pembangunan Instrumen Bagi Kajian Rintis

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Bengkel Pemurnian Modul Teknologi Hijau Sekolah Menengah Dan Pembangunan Instrumen Bagi Kajian Rintis. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (3MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

PUTRAJAYA, 1 Ogos 2016 Bengkel Pemurnian Modul Teknologi Hijau Sekolah Menengah Dan Pembangunan Instrumen bagi Kajian Rintis telah diadakan pada 27 hingga 30 Julai 2016 bertempat di Hotel Dorsett Putrajaya. Bengkel ini adalah merupakan bengkel yang dirancang untuk para penulis modul memurnikan modul masingmasing selepas beberapa bengkel penulisan dilaksanakan. Semasa bengkel itu juga, ketua kumpulan bagi setiap mata pelajaran akan dipanggil untuk membina instrumen bagi kajian rintis. Bengkel ini dihadiri oleh penulispenulis modul bagi setiap subjek, pegawai dari Yayasan Hijau Malaysia (YaHjau) serta pegawai daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia bagi setiap mata pelajaran. Objektif bengkel ini dijalankan bagi memberi peluang kepada para penulis modul untuk memurnikan kandungan modul aktiviti Teknologi Hijau bagi semua subjek yang terlibat di samping membangunkan instrument instrumen yang akan digunakan dalam kajian rintis yang dicadangkan untuk diadakan pada Ogos atau September tahun 2016.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 06 Apr 2017 08:20
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32910

Actions (login required)

View Item View Item
Share