Bengkel Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan Tahun 2016

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Bengkel Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan Tahun 2016. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (3MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

BAYAN LEPAS, 30 Jun 2016 – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau (CETREE&GT) telah mengadakan satu bengkel bersama Pegawai Unit Kokurikulum dari semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pegawai Kanan dari BiotechCorp, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkaitan Program Kesedaran Teknologi Hijau bertempat di Hotel Vistana, Pulau Pinang. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi penerangan dan membincangkan pelaksanaan Karnival Inovasi Teknologi Hijau serta programprogram lain yang memerlukan bantuan dan kerjasama pegawai setiap JPN yang terlibat. Bengkel yang berlangsung selama dua hari, telah mendapat maklumbalas yang positif dan amat menggalakkan daripada Pegawai Unit Kokurikulum dari semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta berharap usaha murni dengan kerjasama bersama CETREE&GT dapat dicapai dengan jayanya. Antara pengisian bengkel ialah ucapan aluan daripada Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengarah CETREE&GT, taklimat berkaitan program CETREE&GT daripada Tuan Hj. Badrol Hisham Mohd Nowani, Pengurus Operasi & Strategik CETREE&GT serta taklimat umum berkenaan Karnival Inovasi Teknologi Hijau daripada wakil Pegawai Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 06 Apr 2017 07:06
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32894

Actions (login required)

View Item View Item
Share