CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Bengkel Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan Tahun 2016. Berita@Cetree.
|
PDF
Download (3MB) | Preview |
Abstract
BAYAN LEPAS, 30 Jun 2016 – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau (CETREE>) telah mengadakan satu bengkel bersama Pegawai Unit Kokurikulum dari semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pegawai Kanan dari BiotechCorp, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkaitan Program Kesedaran Teknologi Hijau bertempat di Hotel Vistana, Pulau Pinang. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi penerangan dan membincangkan pelaksanaan Karnival Inovasi Teknologi Hijau serta programprogram lain yang memerlukan bantuan dan kerjasama pegawai setiap JPN yang terlibat. Bengkel yang berlangsung selama dua hari, telah mendapat maklumbalas yang positif dan amat menggalakkan daripada Pegawai Unit Kokurikulum dari semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta berharap usaha murni dengan kerjasama bersama CETREE> dapat dicapai dengan jayanya. Antara pengisian bengkel ialah ucapan aluan daripada Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengarah CETREE>, taklimat berkaitan program CETREE> daripada Tuan Hj. Badrol Hisham Mohd Nowani, Pengurus Operasi & Strategik CETREE> serta taklimat umum berkenaan Karnival Inovasi Teknologi Hijau daripada wakil Pegawai Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | T Technology |
Divisions: | Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE |
Depositing User: | HJ Hazwani Jamaluddin |
Date Deposited: | 06 Apr 2017 07:06 |
Last Modified: | 15 May 2017 01:51 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/32894 |
Actions (login required)
View Item |