CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2017) Bengkel “Postmortem” Dan Pemurnian Kertas Konsep Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan. Berita@Cetree.
|
PDF
Download (3MB) | Preview |
Abstract
PUTRAJAYA, 22 JANUARI 2017 – Bengkel Postmortem dan Pemurnian Kertas Konsep Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan dengan jayanya. Bengkel berlangsung pada 19– 21 Januari 2017 bertempat di Hotel Dorsett, Presint 3, Putrajaya. Bengkel ini dihadiri oleh penggubal kertas konsep, pegawaipegawai Jabatan Pendidikan Negeri seluruh negara, pegawai daripada Yayasan Hijau Malaysia dan pegawai daripada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bengkel ini dirancang untuk menghimpunkan semua pihak yang terlibat di dalam Karnival Inovasi Teknologi Hijau (KITH) 2016 sama ada daripada kalangan penggubal pertandingan, kalangan teknikal dan juga hakim bagi menilai dan melihat semula beberapa kekurangan dan kelebihan daripada semua pertandingan yang telah diadakan tahun 2016 di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah. Antara pertandingan yang telah diadakan adalah seperti Rekacipta Inovasi Teknologi Hijau, Inovasi Tenaga Biojisim, Rekabentuk Bandar Teknologi Hijau, Green Cooker Challenge, Solar Vehicle Challenge dan Xplorace & Kuiz Teknologi Hijau. Objektif utama bengkel adalah membincangkan isuisu berkaitan sepanjang pelaksanaan KITH 2016, membincangkan penambahbaikan kertas konsep KITH 2016 dan persediaan untuk pelaksanaan KITH tahun 2017. Bengkel ini, diserikan lagi dengan kehadiran Puan Rozainum Binti Ahmad, Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memberi ucapan aluan dan hala tuju kerjasama berkenaan yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajarpelajar sekolah di seluruh negara.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | T Technology |
Divisions: | Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE |
Depositing User: | HJ Hazwani Jamaluddin |
Date Deposited: | 06 Apr 2017 06:58 |
Last Modified: | 15 May 2017 01:51 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/32892 |
Actions (login required)
View Item |