Bangunan Toray-Usm Ktc Bakal Dijadikan Rujukan Bangunan Kelestarian Tenaga

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Bangunan Toray-Usm Ktc Bakal Dijadikan Rujukan Bangunan Kelestarian Tenaga. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

MINDEN, 13 Mei 2016 - Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau (CETREE&GT) dengan kerjasama Pejabat Pengurusan TORAY-USM KTC telah mengadakan satu 'Bengkel Kelestarian' Bangunan TORAY-USM KTC bertempat di Bilik Seminar, Pusat Pemindahan Ilmu, Bangunan TORAY-USM. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi penerangan serta pendedahan kepada setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang terdapat di dalam bangunan TORAY-USM ini tentang isu berkaitan kecekapan tenaga, penggunaaan elektrik serta keselamatan bangunan. Bengkel yang berlangsung selama sehari, telah mendapat maklumbalas yang positif daripada semua wakil - wakil setiap PTJ yang hadir ke bengkel tersebut. Antara pengisian bengkel yang telah dirancang berjalan dengan jayanya dibahagikan kepada beberapa sesi. Ia seperti ucapan aluan daripada Prof. Dr. Haslan Abu Hassan, Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu, taklimat berkaitan kecekapan tenaga bangunan daripada Prof. Madya Dr. Mohd. Wira Mohd. Shafiei, Pengarah CETREE&GT, taklimat berkaitan penggunaan tenaga elektrik daripada Encik Salmi Ismail, Jurutera, Jabatan Pembangunan USM dan taklimat berkaitan keselamatan oleh setiap staf yang berkhidmat di bangunan TORAY-USM daripada Encik Prabu a/l Morgan, pegawai, Jabatan Keselamatan USM.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 06 Apr 2017 06:55
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32891

Actions (login required)

View Item View Item
Share