Azuar, Siti Azahani
(2016)
Palm Oil Mills Effluent Treatment Through Vermifiltration Employing Eudrilus Eugeniae.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Prestasi sistem penurasan vermi atau cacing dibantu sistem penapisan menggunakan Eudrilus eugeniae dalam merawat efluen kilang minyak kelapa sawit (POME) telah dikaji. Efluen kilang minyak kelapa sawit (POME) dianggap sisa yang paling berbahaya untuk alam sekitar jika dilepaskan dengan tidak dirawat. Efluen minyak kelapa sawit mentah (POME) adalah berasid yang tidak bertoksik dan cecair berwarna coklat pekat yang mengandungi sisa pepejal yang tinggi, nilai BOD dan nilai COD yang tinggi. Di Malaysia, penghasilan tinggi POME daripada pengeluaran minyak sawit mentah kini dirawat menggunakan kaedah konvensional yang dikenali sebagai sistem takungan, di mana mempunyai masalah ruang yang tidak cekap. Sebagai usaha untuk menyelesaikan dilema kaedah lama, kaedah baru dan alternatif seperti penurasan vermi sedang dikaji dan diperkenalkan kepada rawatan air sisa. Penurasan vermi adalah satu proses penapisan di mana pepejal dipisahkan daripada cecair dibantu oleh cacing tanah. Dalam kajian ini, empat eksperimen telah dijalankan untuk memilih keadaan yang terbaik untuk sistem penurasan vermi. Eksperimen pertama adalah untuk membandingkan prestasi penapis menggunakan medium penapis yang berbeza (100% serat kelapa sawit, 100% pasir pembinaan dan 100% tanah tanaman) di dalam 0.0009 m3 isipadu medium penapis.
The performance of vermifiltration or worm aided filtration systems employing Eudrilus eugeniae in treating palm oil mill effluents (POME) was studied. Palm oil mill effluent (POME) is considered the most harmful waste for the environment if discharged untreated. The raw palm oil mill effluent (POME) is an acidic non toxic and thick brownish liquid that contains high solids, high BOD and COD values. In Malaysia, high generation of POME from crude palm oil production is currently treated using conventional method known as ponding system, which is space inefficient. As an attempt to resolve the long-standing dilemma, recent and alternative method such as vermifiltration is being studied and introduced to wastewater treatment. Vermifiltration is a filtration process where solids are separated from liquid aided by earthworms. In this research, four experiments were conducted to select the best conditions for vermifiltration system. The first experiment was to compare performance of filter using different filter medium (100% of palm pressed fibre, 100% of construction sand and 100% of garden soil) in 0.0009 m3 volume of filter medium.
Actions (login required)
|
View Item |