Mansur, Fatin Zafirah
(2016)
Feasibility Of An Air-To-Air Energy Recovery System For Building In Hot-Humid Environment.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Aplikasi sistem perolehan semula tenaga udara-ke-udara sebagai salah satu
teknologi cekap tenaga yang membantu sistem penghawa dingin tradisional dalam
bangunan telah mendapat perhatian sejak kebelakangan ini kerana potensinya dalam
penjimatan tenaga. Sistem perolehan semula tenaga udara-ke-udara yang direka dalam
kajian ini menggunakan jenis plat tetap yang diperbuat daripada membran polimer
hidrofilik dan dilengkapi dengan konfigurasi aliran silang untuk membantu penghawa
dingin. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengkaji prestasi sistem perolehan
semula tenaga udara-ke-udara berdasarkan keadaan cuaca di luar yang telah direka
serta data cuaca yang dikumpul berdasarkan persekitaran panas-lembap. Sebuah
kemudahan eksperimen telah direka bentuk untuk menghasilkan semula persekitaran
panas lembap yang biasa dalam keadaan udara di luar dan dalam bangunan berkait
dengan suhu serta kelembapan relatif. Unit ini kemudiannya diuji di bawah syaratsyarat
operasi yang seimbang, yang lazimnya digunakan dalam aplikasi. Pada
bahagian pertama, pengaruh parameter seperti aliran udara pada (1.0 hingga 3.0 m/s),
suhu udara pada (28°C, 31°C, 35°C dan 40°C) serta kelembapan relatif pada (70%,
75%, 80%, 85% dan 90%) telah diuji di bawah keadaan berbeza bagi mengkaji prestasi
sistem tersebut.
Application of an air-to-air energy recovery system as one of the energy
efficient technologies that assists with the traditional HVAC system in building
application has gained recent attention because of its potential for energy savings. The
air-to-air energy recovery system developed in this study employs a fixed plate type
of air-to-air energy recovery system made up of hydrophilic polymeric membrane
equipped with cross flow configuration designed to assist air-conditioning. The
primary goal of this study is to investigate the air-to-air energy recovery system’s
performance based on the outdoor design air-condition and real weather data collected
with respect to the hot-humid environment. An experimental facility was designed to
reproduce the chosen typical hot-humid environment in outdoor and indoor air
conditions with respect to temperature and relative humidity. Next, the system was
tested under stable operation conditions as frequently used in practice. For the first
part, the operating parameters which are airflow rates of (1.0 to 3.0 m/s), intake air
temperature of (28°C, 31°C, 35°C and 40°C) and intake relative humidity of (70%,
75%, 80%, 85% and 90%) were varied under certain air conditions to investigate the
system’s performance.
Actions (login required)
|
View Item |