Kajian Penerimaan Teknologi, Dimensi Kolaborasi Dan Pola Interaksi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Platform Pembelajaran Sosial Edmodo

Mohamad Zain, Farah (2016) Kajian Penerimaan Teknologi, Dimensi Kolaborasi Dan Pola Interaksi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Platform Pembelajaran Sosial Edmodo. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (221Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini menekankan lima aspek kajian penggunaan platform pembelajaran sosial Edmodo (PPSE) iaitu penerimaan pelajar merujuk kepada atribut dalam Model Penerimaan Teknologi (MPT), perbandingan antara persepsi awal dan akhir (pre & post-adoption), pengaruh dimensi kolaborasi dalam papan forum dengan penjanaan pengetahuan pelajar, perhubungan pola interaksi dengan dimensi kolaborasi dan akhir sekali, pendapat terbuka pelajar tentang kelebihan, cabaran serta faktor halangan yang menyebabkan pelajar kurang aktif dalam papan forum. Sejumlah 42 orang pelajar Tahun 1 Pusat Pengajian Teknologi Industri (PPTI), Universiti Sains Malaysia (USM) Sidang Akademik 2012/2013 yang mengikuti kursus IMK 209-Sifat-sifat Fizikal Makanan terlibat dalam kajian ini. Dapatan aspek kajian pertama menerusi analisis regresi berganda menunjukkan bahawa PPSE diterima baik oleh pelajar dengan atribut kualiti konten (KK) menunjukkan faktor luaran yang baik untuk meramalkan aspek persepsi kebergunaan (PB) dan persepsi kemudahgunaan (PM). Atribut motivasi (Mo) pula didapati tidak mempunyai hubungan yang positif dengan atribut PB. This study focused on five aspects of research of Edmodo social learning platform (ESLP) namely, the acceptance of the platform with reference to the attributes within the Technology Acceptance Model (TAM), comparison between students’ perception at the early stage usage (pre-adoption) with the perception at the later stage of usage (post-adoption), the effect of the dimensions of collaboration in the forum board towards the students' construction of knowledge, the relationship between interaction patterns with the dimensions of collaboration and lastly, the opinions on the advantages, the challenges as well as the factors inhibiting the active participation of students in the forum boards. A total of 42 first-year students of the 2012/2013 academic session of the School of Industrial Technology, Universiti Sains Malaysia (USM) enrolled for IMK 209-Food Physical Properties course was involved in this study. Findings for the first aspect of the study utilising the multiple regression analysis revealed that the ESLP was well accepted where the Content Quality (CQ) acted as a good external factor and able to predict the students Perception of Usefulness (PU) and Perception Ease of Use (PE).

    Item Type: Thesis (PhD)
    Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC5800-5808 Distance education.
    Divisions: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (School of Distance Education)
    Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
    Date Deposited: 21 Feb 2017 08:59
    Last Modified: 21 Feb 2017 08:59
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32148

    Actions (login required)

    View Item
    Share