Transformasi Dan Dinamika Politik Elit Di Perlis, Kurun Ke 19 Sehingga 1970-An

Ahmad, Azwan (2016) Transformasi Dan Dinamika Politik Elit Di Perlis, Kurun Ke 19 Sehingga 1970-An. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1105Kb) | Preview

    Abstract

    Penulisan tesis ini bertujuan untuk melihat transformasi dan dinamika elit Melayu dalam politik dan pentadbiran di Perlis sejak abad ke-19 sehingga tahun 1970an. Kajian ini juga bertujuan menganalisis sejauh manakah pengaruh dan penglibatan elit Melayu dalam politik dan pentadbiran serta peranan mereka dalam membangunkan kesedaran politik anti kolonial sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua. Penyelidik telah menjalankan kajian kepustakaan dengan menganalisis sumber-sumber dari rekod John Hamer, fail SUK Perlis, fail Pejabat Kolonial British, catatan tokoh dan laporan akhbar. Analisis dilakukan oleh penyelidik untuk melihat sejauh manakah hubungan “tradisi taat setia” orang Melayu terhadap raja dan kepimpinan elit Melayu mempengaruhi kesedaran politik dan nasionalisme dalam masyarakat Melayu Perlis. Dalam menjelaskan hubungan ini, penyelidik merujuk kepada sejarah kemunculan kerajaan Perlis dan mengkaji bagaimana golongan elit Melayu memperoleh pengaruh dan kedudukan dalam pentadbiran kerajaan Perlis sehingga mereka begitu “dihormati” oleh masyarakat Melayu. Perjanjian Perlis British 1930 secara signifikan telah menyebabkan golongan elit Melayu begitu berpengaruh dalam pentadbiran kerajaan Perlis. This thesis aims to see the transformation and the dynamics of Malay elites in politics and administration in Perlis since the 19th century until the 1970s. The study also aims to analyze the extent of the influence and involvement of the Malay elite in politics and administration as well as their role in the development of anti-colonial political awareness before and after the Second World War. The researcher has conducted a library research by analyzing the records from John Hamer, Perlis State Secretary files, British Colonial Office files, figures, notes and newspaper reports. The analysis was conducted by the researcher to determine how the "tradition of loyalty" of the Malays towards the king and the Malay elite leadership would influence political consciousness and nationalism in the Malay community in Perlis. In explaining this relationship, the researcher refers to the history of the emergence of the Perlis government and examines how the Malay elites gained influence and positions in the Perlis government administration until they were so "honored" by the community. The British Perlis agreement in 1930 significantly had led the Malay elite to become so influential in the Perlis government’s administration.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC5800-5808 Distance education.
    Divisions: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (School of Distance Education)
    Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
    Date Deposited: 17 Feb 2017 15:43
    Last Modified: 17 Feb 2017 15:43
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32128

    Actions (login required)

    View Item
    Share