Veerapan Pakerisamy, P. Jayanthee
(2015)
Kesan Kaedah Inkuiri Atas Talian Secara Kolaboratif Bersama Perancahan Penghujahan Terhadap Penaakulan Dan Kualiti Hujah Dalam Kalangan Pelajar Sejarah Tingkatan 4.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini telah dijalankan untuk menyiasat kesan kaedah inkuiri atas talian secara kolaboratif bersama perancahan penghujahan terhadap penaakulan dan kualiti hujah dalam sejarah di kalangan pelajar Tingkatan 4 yang berbeza tahap pemikiran kritis. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimen dengan rekabentuk faktorial 2 x 2 bersama ujian pasca. Faktor pertama ialah kaedah pengajaran yang terdiri daripada kaedah inkuiri atas talian secara kolaboratif yang menggunakan pendekatan-pendekatan deduktif, induktif dan abduktif dengan dan tanpa perancahan penghujahan sementara faktor kedua pula merupakan pencapaian dalam pemikiran kritis di kalangan pelajar yang diukur dengan Ujian Pemikiran Kritis Watson-Glaser. Pembolehubah bersandar ialah prestasi kemahiran penaakulan dalam sejarah pada peringkat Empirikal-induktif (EI) dan Hipotetikal-deduktif (HD) dan kualiti hujah.
This study was conducted to investigate the effects of collaborative online inquiry with argument scaffolding on reasoning and quality of argumention in history among Form Four students with different critical thinking achievement.This study employed the post-test only quasi-experimental 2 x 2 factorial design. The first factor was the teaching method that comprised collaborative online inquiry method employing deductive, inductive and abductive approaches with and without argument scaffolding, while the second factor was achievement in critical thinking among the students as measured by the Watson-Glaser Critical Thinking Test. The dependent variables were performance in reasoning skills in history at the Empirical-Inductive (EI) and Hypothetical-Deductive (HD) levels, and Quality of Argument.
Actions (login required)
|
View Item |