Abdul, Nurul Huda
(2016)
Insect Pollinator And Weed Ecology In A Mango Agroecosystem.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kepentingan pendebunga liar dalam pengeluaran buah mangga telah diketahui
secara meluas tetapi taburan mereka di kawasan tropika dan hubungannya dengan
tanaman masih kurang penghuraiannya. Untuk memahami peranan pendebunga liar
dalam pengeluaran mangga, kajian ini menyiasat taburan serangga pelawat bunga
(antofil) di jambak bunga dua kultivar mangga, Mangifera indica L. kv. ‘Sala’ dan
‘Chok Anan’. Kelimpahan antofil telah dipantau melalui 15 minit pungutan dalam
setiap jam dari 0800 am sehingga 1500 pm, pada selang 4 hari bermula dari awal
berbunga sehingga semua bunga telah kering (12-28 Februari 2013 dan 28 Januari
2014 - 7 Mac 2014). Antofil dari 10 order serangga yang terdiri daripada 79 famili,
156 genus dan 15803 serangga telah melawat bunga mangga. Hymenoptera
(38.54 %) adalah order yang paling dominan diikuti oleh Hemiptera (34.59 %) dan
Thysanoptera (10.32 %). Chok Anan menarik jauh lebih banyak antofil berbanding
Sala pada P < 0.05, df = 264 , t = -7,490. Kelimpahan antofil berbeza mengikut
keterdapatan bunga pada masa persampelan yang berbeza. Antofil terbang lebih
banyak (min kelimpahan 34.98 ± 2.004) melawat bunga terutama semasa bunga mula
kembang berbanding antofil merayap (24.44 ± 1.973).
Importance of wild pollinators in mango fruit production is widely known but
their distribution in the tropics and relationships with crop plants remain poorly
described. To understand the role of wild pollinators in mango production, this study
investigated the distribution of flower visiting insects (anthophiles) on inflorescences
of two mango cultivars, Mangifera indica L. cv. ‘Sala’ and ‘Chok Anan’. Abundance
of anthophiles was monitored by 15 minute hourly collection from 0800 h until 1500
h at 4-day interval from the beginning of flowering until all flowers dried up (12-28
February 2013 and 28 January 2014 – 7 March 2014). Anthophiles from 10 insect
orders consisting of 79 families, 156 genera and 15803 individual insects visited
mango flowers. Hymenoptera (38.54%) was the most dominant order followed by
Hemiptera (34.59%) and Thysanoptera (10.32%). Chok Anan attracted significantly
higher abundance of anthophiles than Sala at P < 0.05, df = 264, t = -7.490.
Anthophile abundance varied following flower availability at different sampling
occasions. More flying (mean abundance 34.98 ± 2.004) anthophiles visited flowers
during flower anthesis compared to crawling anthophiles (24.44 ± 1.973).
Actions (login required)
|
View Item |