Masyarakat Iban Dan Alam Sekitar Dalam Fiksyen Terpilih Jong Chian Lai: Satu Kirtikan Keadilan Ekologi

Hu , Ann Leh (2016) Masyarakat Iban Dan Alam Sekitar Dalam Fiksyen Terpilih Jong Chian Lai: Satu Kirtikan Keadilan Ekologi. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (424kB) | Preview

Abstract

Jong Chian Lai merupakan pengarang Sarawak yang banyak memperkatakan isu alam sekitar khususnya dalam konteks keadilan ekologi yang mementingkan kesejahteraan manusia dan alam sekitarnya. Wujud hubungan erat antara keadilan ekologi dengan kepercayaan masyarakat tempatan kerana kepercayaan masyarakat sebenarnya mempengaruhi cara mereka bertindak ke atas alam sekitar. Walau bagaimanapun, aspek ini belum diselidiki dalam novel dan cerpen Jong Chian Lai. Justeru itu, lompang ini akan dipenuhi oleh kajian ini. Sehubungan itu, kajian ini telah menetapkan tiga objektif yang ingin dicapai, iaitu (1) menganalisis corak hubungan masyarakat Iban di Sarawak dengan alam sekitar berdasarkan konteks sistem kepercayaan masyarakat Iban seperti yang terpancar dalam karya Jong Chian Lai; (2) meneliti konflik antara tuntutan kelangsungan hidup dan pembangunan dengan pemeliharaan tradisi Iban; dan (3) meneliti dan menilai cara pengarang menggunakan bahasa untuk menampilkan alam sekitar dan hubungannya dengan masyarakat Iban. Kajian ini menggunakan teori keadilan ekologi yang dipelopori oleh Brian Baxter. Kajian ini mendapati isu alam sekitar yang berkaitan pembalakan dan pembinaan empangan hidro memerlukan keadilan ekologi demi kesejahteraan manusia dan organisma yang lain; dan keadilan ekologi yang dibincangkan dalam kajian ini bersandar kepada kepercayaan masyarakat Iban terhadap dewa dan semangat. Jong Chian Lai is a Sarawak author who discusses numerous environmental issues, particularly in the context of ecological justice which consider the human welfare and environment as important. There is a strong relationship between the ecological justice and the belief of the local people as the belief actually influences the way they act towards the environment. However, this aspect has not yet been studied on Jong Chian Lai’s novels and short stories. Hence, the void will be filled by this study. Therefore, this study has set three objectives to be achieved, namely (1) to analyze the relationship of the Iban in Sarawak with the environment based on the Iban community’s belief system as reflected in the works of Jong Chian Lai; (2) to look into the conflict between the claims on survival and development with the preservation of the Iban tradition; and (3) to examine and evaluate how the author uses language to portray the environment and its relationship with the Iban. This study uses the ecological justice theory which is pioneered by Brian Baxter. This study finds out that the environmental issues relating to logging and construction of hydroelectric dams need ecological justice for the sake of human and other organisms welfare. The ecological justice which is discussed in this study is based on the Iban belief of gods and spirits.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
Date Deposited: 09 Jan 2017 00:29
Last Modified: 12 Apr 2019 05:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/31472

Actions (login required)

View Item View Item
Share