Belajarlah dari kejayaan usahawan dan inovator maklumat (Learn from successful information entrepreneurs and innovators)

Ahmat, Muhammad Akmal (2012) Belajarlah dari kejayaan usahawan dan inovator maklumat (Learn from successful information entrepreneurs and innovators). JENDELA (6). pp. 7-9. ISSN 2289-1595

[img]
Preview
PDF
Download (54kB) | Preview

Abstract

Ciptaan moden seperti enjin pencarian maklumat (search engine), telefon pintar (smart phone), tablet dan sebagainya telah membawa bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) terus berkembang pesat bagi memudahkan maklumat sampai ke pengguna tanpa mengira sempadan negara sehingga ke hari ini. Hal ini telah menimbulkan arus ledakan globalisasi teknologi maklumat di seluruh dunia. Sedar atau tidak, arus ledakan ini sebenarnya telah disuntik oleh sekumpulan professional yang dikenali sebagai “usahawan maklumat” dan “inovator maklumat”. Siapakah “usahawan maklumat” dan “inovator maklumat” ini? Merujuk buku “Becoming a successful intrapreneur: A practical guide to creating an innovative information service” Pantry, S., & Griffiths, P. (1998), usahawan maklumat ditakrif sebagai individu yang mempunyai kombinasi kepakaran untuk menyelesaikan masalah perolehan maklumat berupaya menarik perhatian pengguna untuk mendapatkan kepakaran tersebut walaupun ia berbayar: atau dengan lain perkataan, individu yang pakar dalam menyediakan sesuatu perkhidmatan atau produk dalam bidang berkaitan membekalkan akses kepada maklumat.

Item Type: Article
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources
Divisions: Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (Library)
?? akmalahmat ??
Depositing User: Administrator Automasi
Date Deposited: 11 Aug 2014 04:18
Last Modified: 06 Dec 2017 04:59
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/28170

Actions (login required)

View Item View Item
Share