Pendekatan Sinkronik Dalam Sejarah Sastera Melayu Di Negeri-Negeri Selat 1826-1926

Kamari, Noridah (2019) Pendekatan Sinkronik Dalam Sejarah Sastera Melayu Di Negeri-Negeri Selat 1826-1926. PhD thesis, Perpustakan Hamzah Sendut.

[img] PDF
Download (266kB)

Abstract

Tesis ini membincangkan kelompongan dalam penulisan sejarah sastera Melayu pada abad ke-19 di Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura), khususnya dari tahun 1826 hingga 1926. Permasalahan asas yang menjadi tunjang perbincangan berhubungan dengan perubahan dan kesan-kesan yang ditinggalkan oleh mubaligh Kristian ke atas masyarakat Melayu di Negeri-negeri Selat. Tesis bermatlamat untuk mengkaji dan memperbaiki kelemahan pendekatan diakronik yang bersifat makro dalam penulisan sejarah sastera Melayu yang menjadi amalan para sarjana sebelum ini. Kajian sejarah sastera yang lebih mendalam memerlukan pendekatan yang lebih kritis dan tidak konvensional, khususnya melalui pendekatan sinkronik sebagaimana yang diusulkan oleh Teeuw (1986). Melalui kajian terhadap surat-surat, buku, minit mesyuarat, majalah dan risalah-risalah yang terbit di Negeri-negeri Selat pada abad ke- 19, mendedahkan usaha oleh mubaligh Kristian untuk membina sebuah sub-genre Sastera Melayu Kristian sebagai bahan bacaan sastera kepada masyarakat Melayu. Tulisan para mubaligh Kristian dan penjajah Inggeris yang sarat dengan pemikiran orientalisme akan diberi penilaian semula melalui pendekatan oksidentalisme, khususnya seperti yang diutarakan oleh Hassan Hanafi (1995). Kaedah oksidentalisme mendedahkan tiga pecahan utama dalam pemikiran orientalisme, iaitu hegemoni budaya Barat ke atas Timur, ideologi keunggulan moral Barat dan pesona terhadap Barat.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 30 Oct 2026 02:32
Last Modified: 02 Nov 2026 01:13
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/65206

Actions (login required)

View Item View Item
Share