Wahab, Ahmad Azeyizwadi Bin Abdul (2019) Pengaruh Kepimpinan Instruksional Guru Besar Dan Pengurusan Pengetahuan Terhadap Tingkah Laku Kreatif Dan Inovatif Pengajaran Guru Sekolah Kebangsaan. PhD thesis, Perpustakan Hamzah Sendut.
|
PDF
Download (542kB) |
Abstract
Kepimpinan instruksional dan pengurusan pengetahuan dilihat mampu memberikan pengaruh kepada tingkah laku kreatif dan inovatif pengajaran guru. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh kepimpinan instruksional guru besar terhadap tingkah laku kreatif dan inovatif pengajaran guru serta peranan pengurusan pengetahuan sebagai mediator terhadap hubungan antara kepimpinan instruksional dengan tingkah laku kreatif dan inovatif pengajaran guru. Kajian ini menggunakan gabungan dua kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Data bagi kaedah kuantitatif diperoleh daripada 450 orang guru yang dipilih secara rawak dari 35 sekolah kebangsaan di Pulau Pinang. Manakala soal selidik yang digunakan dalam kajian ini merupakan instrumen terjemahan amalan kepimpinan instruksional oleh Hallinger dan Lee (2013), pengurusan pengetahuan oleh Turyasingura (2011) dan tingkah laku inovatif oleh Hsiao, Tu, Chang dan Chen (2011) dan tingkah laku kreatif pengajaran guru oleh Zahrana (2016). Manakala kaedah kualitatif pula, 2 orang guru besar dan 6 orang dari dua buah sekolah telah ditemu bual. Kaedah PLS-SEM digunakan untuk menganalisis soal selidik dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat pengaruh yang signifikan kepimpinan guru besar terhadap tingkah laku kreatif dan tingkah laku inovatif pengajaran guru. Manakala dapatan kajian menunjukkan wujud hubungan yang signifikan kepimpinan instruksional dengan pengurusan pengetahuan serta pengurusan pengetahuan dengan
| Item Type: | Thesis (PhD) |
|---|---|
| Subjects: | L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General) |
| Divisions: | Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis |
| Depositing User: | Mr Hasmizar Mansor |
| Date Deposited: | 28 Oct 2026 03:52 |
| Last Modified: | 28 Oct 2026 03:52 |
| URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/65183 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |



