Aktiviti Pajakan Hasil-Mahsul Di Negeri Kedah Semasa Era Sultan Abdul Hamid Halim Shah, 1897-1900

Bohari, Sanip (2019) Aktiviti Pajakan Hasil-Mahsul Di Negeri Kedah Semasa Era Sultan Abdul Hamid Halim Shah, 1897-1900. Masters thesis, Perpustakan Hamzah Sendut.

[img] PDF
Download (828kB)

Abstract

Surat- menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan rekod kerajaan yang menjadi koleksi terbesar di Arkib Negara Cawangan Kedah. Terdapat sejumlah 2951 halaman naskah tulisan tangan dalam huruf Jawi yang terkandung dalam 14 buah buku berdasarkan tahun-tahun yang meliputi sekitar 1300-1362 Hijrah (1882- 1943 Masihi). Koleksi ini merupakan sebahagian daripada kumpulan salinan surat- menyurat zaman pemerintahan DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-26 (1882-1943M). Kajian ini membincangkan pelaksanaan aktiviti pajakan hasil-mahsul di Kedah yang telah melalui usaha-usaha penambahbaikan. Kajian berfokus kepada koleksi Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid (SMSAH) antara tahun 1897-1900M (1315-1317H). Berdasarkan SMSAH, sistem ekonomi yang dijalankan melibatkan kegiatan ekonomi seperti pertanian, penternakan, perhutanan, perlombongan dan aktiviti dagangan beberapa komoditi lain. Pajakan hasil-mahsul Kedah merupakan penambahbaikan dalam pelaksanaan kutipan cukai yang telah diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Aktiviti pajakan ini sebahagian besarnya didominasi oleh pemajak dan peniaga Cina seterusnya mengubah bentuk ekonomi Kedah daripada bersifat tradisional kepada aktiviti ekonomi komersial. Walau bagaimanapun, perkembangan ini memberi impak sosial dan ekonomi dalam kalangan masyarakat tempatan pada waktu itu walaupun telah membawa kepada peningkatan hasil pendapatan kerajaan serta menjadi satu mekanisme perolehan sumber pendapatan Kedah ketika itu.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC5800-5808 Distance education.
Divisions: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (School of Distance Education) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 26 Oct 2026 01:54
Last Modified: 26 Oct 2026 01:54
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/65165

Actions (login required)

View Item View Item
Share