Pengurusan Warisan Kebudayaan Maritim Di Semenanjung Malaysia: Kajian Kes Kapal Karam

Baco, Zainuddin (2019) Pengurusan Warisan Kebudayaan Maritim Di Semenanjung Malaysia: Kajian Kes Kapal Karam. PhD thesis, Perpustakan Hamzah Sendut.

[img] PDF
Download (680kB)

Abstract

Setelah lebih 35 tahun (1980-2015) Pengurusan Warisan Kebudayaan Maritim (PWKM), Malaysia masih tidak terlepas daripada pelbagai isu dan permasalahan asas. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti isu dan permasalahan utama PWKM di Semenanjung Malaysia dan seterusnya memberi rekomendasi yang sesu ai untuk mengatasi isu dan masalah tersebut. Pemerihalan isu dan masalah PWKM diperincikan dengan melihat proses tindakan PWKM menerusi dua fasa iaitu Fasa 1: Jabatan Muzium dan Antikuiti (1980 - 2005) dan Fasa 2: Jabatan Warisan Negara (2005 - 2015). Aspek ut ama yang ditekankan semasa fasa tersebut adalah aspek dasar dan amalan PWKM yang dilakukan oleh pihak berkepentingan kerajaan, mekanisme perundangan warisan dan penilaian tahap keberkesanan PWKM. Hasil kajian mendapati terdapat tujuh isu dan masalah PWKM i aitu kekurangan peruntukan perundangan, konflik pihak berkepentingan, aktiviti manusia seperti penjarahan dan pemburuan harta karam, perdagangan warisan budaya, keterbatasan sumber, pelancongan maritim dan konflik penyelidikan arkeologi maritim dengan salv aj komersial. Hasil kajian juga mendapati bahawa salah satu isu dan masalah utama dalam PWKM di Semenanjung Malaysia adalah isu kekurangan peruntukan perundangan warisan. Aspek perundangan merupakan teras utama PWKM kerana tanpa perundangan yang kukuh, seg ala aktiviti yang berkaitan dengan PWKM yang dijalankan tidak akan berkesan dan seterusnya mengundang pelbagai isu dan masalah lain. Oleh itu, rekomendasi utama kajian ini adalah pengukuhkan perundangan menerusi pindaan atau penambahan peruntukan perundang an yang sedia ada, pembahagian bidang kuasa dan tugas yang lebih jelas, penyebaran maklumat berkesan dan menyeluruh, peruntukan kewangan yang mencukupi, kerjasama antarabangsa, penubuhan kumpulan penyelidikan arkeologi bawah air dan tolak ansur penyelidika n arkeologi bawah air dengan salvaj komersial. Adalah diharap bahawa rekomendasi kajian ini dapat mengatasi isu dan masalah PWKM sedia ada dan membantu dalam penyediaan sebuah garis panduan PWKM yang lebih berkesan untuk melindungi dan memelihara tapak WKB A di Semenanjung Malaysia.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > G1-922 Geography (General)
Divisions: Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (Centre for Global Archaeological Research) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 23 Oct 2026 02:11
Last Modified: 23 Oct 2026 02:19
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/65156

Actions (login required)

View Item View Item
Share