Influx Identiti Kebangsaan Komuniti Sebatik : Kajian Ke S Terhadap Penonton An Televisyen Di Sempadan Indonesia - Malaysia

Briandana, Rizki (2019) Influx Identiti Kebangsaan Komuniti Sebatik : Kajian Ke S Terhadap Penonton An Televisyen Di Sempadan Indonesia - Malaysia. PhD thesis, Perpustakan Hamzah Sendut.

[img] PDF
Download (699kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis bagaimana pelimpahan siaran media dapat memberikan implikasi kepada idea-idea konstruksi identiti kebangsaan komuniti Sebatik. Warga Indonesia di Pulau Sebatik tidak memiliki akses yang mudah terhadap sistem penyiaran media dari Indonesia berikutan kerajaan Indonesia tidak menyediakan infrastruktur yang mencukupi. Untuk memperolehi siaran televisyen Indonesia, mereka perlu membeli parabola yang harganya tidak termampu untuk dibayar oleh majoriti warga Pulau Sebatik. Sehubungan itu, mereka bergantung kepada siaran televisyen Malaysia yang sangat mudah untuk diakses pada setiap ketika. Ini menjadikan warga Pulau Sebatik sebagai warga dua negara bangsa berbeza kerana hakikatnya mereka adalah warga Indonesia namun kehidupan harian dijalani sebagai warga Malaysia terutama dari aspek penontonan program televisyen. Situasi ini berlarutan bertahun-tahun lamanya sehingga kini dan siaran televisyen Malaysia adalah sebagai sumber media komunikasi utama. Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah teori Komuniti Bayangan Benedict Anderson (1991). Metodologi yang digunakan adalah kaedah kajian kes kualitatif dengan teknik pengumpulan data temu bual, pemerhatian dan perbincangan kumpulan fokus. Hasil kajian menunjukkan identiti kebangsaan komuniti Sebatik dikonstruksi secara unik. Komuniti Sebatik adalah masyarakat terpinggir yang tidak memiliki akses siaran t elevisyen Indonesia. Namun dalam keadaan yang lain t erdapat limpahan siaran televisyen Malaysia di kawasan sempadan Sebatik. Siaran televisyen Malaysia

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87-96 Communication. Mass media
Divisions: Pusat Pengajian Komunikasi (School of Communication) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 23 Oct 2026 02:09
Last Modified: 23 Oct 2026 02:16
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/65154

Actions (login required)

View Item View Item
Share