Kesan Penggunaan Modul Kemahiran Belajar Dan Inovasi K21 Dalam Pengajaran Subjek Budaya Dan Pembelajaran Di Institut Pendidikan Guru Malaysia

Abdullah, Azahari (2017) Kesan Penggunaan Modul Kemahiran Belajar Dan Inovasi K21 Dalam Pengajaran Subjek Budaya Dan Pembelajaran Di Institut Pendidikan Guru Malaysia. PhD thesis, Perpustakan Hamzah Sendut.

[img] PDF
Download (621kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Modul Kemahiran Belajar dan Inovasi K21 (MKBI K21) dalam pengajaran subjek Budaya dan Pembelajaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kajian kuantitatif dengan reka bentuk quasi-eksperimen digunakan untuk menilai intervensi menggunakan Modul MKBI K21 berbanding kaedah pengajaran konvensional. Responden kajian terdiri daripada 66 orang guru pelatih ambilan 2013 daripada dua buah IPG kampus cawangan Zon Utara Semenanjung Malaysia. Responden kajian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Data kajian dikumpul menggunakan soal selidik Kemahiran Abad ke-21 (30 item) yang diadaptasi daripada Buck Institute of Education (BIE, 2009). Soal selidik ditadbir sebelum (pra) dan selepas (pasca) intervensi terhadap kedua-dua kumpulan. Pentadbiran soal selidik ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan dan aplikasi kemahiran belajar dan inovasi abad ke-21 yang terdiri daripada enam subkemahiran iaitu pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kreativiti, inovasi, komunikasi dan kolaboratif. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22.0 dengan mengaplikasikan teknik analisis statistik Mancova dan Ancova. Skor pra daripada kedua-dua kumpulan dijadikan sebagai kovariat. Dapatan empirikal menunjukkan bahawa pengajaran menggunakan Modul MKBI K21 adalah lebih berkesan berbanding kaedah pengajaran konvensional. Keputusan analisis ANCOVA

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 23 Oct 2026 02:04
Last Modified: 23 Oct 2026 02:04
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/65152

Actions (login required)

View Item View Item
Share