Ngah, Che Wan Zanariah Che Wan (1996) Kaedah Penyimenan Galvani Untuk Memendakkan Emas Dari Larutan Sianida Pada Grafit. Masters thesis, Perpustakan Hamzah Sendut.
|
PDF
Download (19MB) |
Abstract
Pemulihan emas dari larutan konvensional emas-sianida dengan kaedah penyimenan galvani menggunakan grafit poros sebagai katod dan logam zink sebagai anod akan dihurai. Membran pertukaran kation raipore RAI-4010 digunakan untuk mengelakkan percampuran di antara anolit dan katolit serta litar pintas ion-ion dalam larutan. Eksperimen dilakukan dalam sistem berkelompok (batch system) untuk melihat kecekapan pemulihan emas secara penyimenan galvani. Keputusan yang diperolehi menunjukkan kaedah iru berupaya memulihkan lebih 99% daripada emas dari larutan konvensional emas-sianida yang telah disediakan secara sintetik. Kemuatan awal emas pada grafit dan perubahan ph larutan katolit didapati tidak mempengaruhi peratus pemulihan emas dengan kaedah ini. Manakala kepekatan spesies ion-ion emas, sianida dan kalsium di dalam katolit pula didapati meningkatkan peratus pemulihan emas secara penyimenan galvani ini.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subjects: | Q Science > QD Chemistry > QD1-999 Chemistry |
| Divisions: | Pusat Pengajian Sains Kimia (School of Chemical Sciences) > Thesis |
| Depositing User: | Mr Hasmizar Mansor |
| Date Deposited: | 28 Sep 2026 06:18 |
| Last Modified: | 28 Sep 2026 06:18 |
| URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/65052 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |



