Makerspace@englib: Pengalaman dan perkongsian amalan terbaik dalam penerapan budaya penciptaan dan pembelajaran praktikal di Perpustakaan Musa mohamad, Universiti Sains Malaysia.

Hassan Basri, Jamilah and Mahabat, Muhammad Hanifah and Abd Rahman, Mohd Fadli and 4Ahmad Fuad Ariffin, Ahmad Fuad (2026) Makerspace@englib: Pengalaman dan perkongsian amalan terbaik dalam penerapan budaya penciptaan dan pembelajaran praktikal di Perpustakaan Musa mohamad, Universiti Sains Malaysia. Jurnal Komunikasi Borneo 2026 Vol. 14, 14. pp. 1-53. ISSN 2289-859X (Submitted)

[img] PDF
Download (850kB)

Abstract

Pembangunan Makerspace@EngLib di Perpustakaan Musa Mohamad, Universiti Sains Malaysia (USM) bertujuan untuk memupuk budaya penciptaan dan inovasi dalam kalangan pelajar STEM Kampus Kejuruteraan, USM melalui penyediaan ruang dan peralatan ICT yang berteknologi tinggi. Makerspace ini menyediakan kemudahan seperti pencetak 3D, pemotong laser, dan lain-lain untuk membolehkan pelajar meneroka dan mengaplikasikan idea kreatif secara praktikal dengan berkesan. Objektif utama adalah untuk memperkasakan pelajar dalam bidang kejuruteraan dan teknologi, serta meningkatkan pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran praktikal. Walaupun menghadapi cabaran daripada segi kos dan penyelenggaraan, pelbagai aktiviti sokongan, termasuk bengkel latihan dan pertandingan inovasi, telah dijalankan untuk memaksimumkan penggunaan ruang dan alatan tersebut. Selain itu, Makerspace ini juga melibatkan kolaborasi dengan pusat pengajian lain di USM untuk menghasilkan produk inovatif dan berdaya saing. Penambahbaikan dalam bentuk latihan berterusan, kolaborasi antara perpustakaan, fakulti, dan industri, serta fleksibiliti penggunaan ruang dicadangkan untuk meningkatkan keberkesanan Makerspace. Kesimpulannya, Makerspace@EngLib merupakan platform penting dalam menyokong penciptaan dan inovasi, serta memberi pelajar peluang untuk mengembangkan kemahiran praktikal yang relevan dengan perkembangan industri masa depan.

Item Type: Article
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z719 Libraries (General)
Divisions: Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (Library) > Article
Depositing User: Mr Mohd Fadli Abdul Rahman
Date Deposited: 09 Jul 2026 08:15
Last Modified: 09 Jul 2026 08:15
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/64608

Actions (login required)

View Item View Item
Share