Peranan Perpustakaan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UTM Kuala Lumpur dalam memartabatkan Stem di sekolah orang Asli melalui program Literasi maklumat & Digital, Fun Learning Toy Library (FLTL) dan OSH. (Perpustakaan UTM Kuala Lumpur, Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Sultan Yahya Petra, 54100 Kuala Lumpur, Malaysia).

Zakaria, Nik Masriza and Abdul Wahid, Nurrull Huda and Mamat, Ahmad Khairu Mahfuz and Rahim, Muhammad Hanis (2024) Peranan Perpustakaan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UTM Kuala Lumpur dalam memartabatkan Stem di sekolah orang Asli melalui program Literasi maklumat & Digital, Fun Learning Toy Library (FLTL) dan OSH. (Perpustakaan UTM Kuala Lumpur, Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Sultan Yahya Petra, 54100 Kuala Lumpur, Malaysia). In: SKFKKS2024, 19-20 August 2024, Perpustakaan Musa Mohamad. (Submitted)

[img] PDF
Download (438kB)

Abstract

Kampus UTM Kuala Lumpur melalui penyertaan beberapa pusat tanggungjawab (PTJ) iaitu Pejabat Kampus Lestari (UTMCS), Pejabat OSH, Perpustakaan UTM, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) serta penyelidik Fun Learning Toy Library (FLTL) telah mengambil inisiatif menjayakan projek tanggungjawab sosial universiti (USR) secara bersinergi yang dinamakan Program memartabatkan STEM di sekolah Orang Asli melalui program Literasi Maklumat dan Digital, Fun Learning Toy Library (FLTL) DAN OSH. Pihak UTMKL juga telah turut menjemput pihak industri iaitu Theta Edge Berhad bagi sokongan sumbangan peralatan komputer dan teknikal kepada sekolah. Program ini telah dirancang dan bermula sejak 11 Januari 2024 dan dijangka selesai pada 31 Disember 2024 (setahun). Pemilihan sekolah SK Lemoi yang terletak di Cameron Highlands telah dibuat sesuai dengan lokasi sekolah yang berada di puncak Cameron Highlands yang masih mengekalkan ciri-ciri kelestarian alam sekitar serta mempunyai bilangan murid yang sesuai bagi projek penyelidikan yang dirancang. Projek penyelidikan yang dilaksanakan dengan objektif mendorong dan mengembangkan minat mendalam murid sejak dari peringkat sekolah rendah terhadap pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Setiap PTJ yang terlibat melaksanakan program yang berbeza bagi mengukur tahap kefahaman dan kebolehan murid dari kalangan Orang Asli. Sebanyak tiga (3) program yang telah dijalankan iaitu Literasi Maklumat dan Digital yang diketuai oleh pihak Perpustakaan UTM, manakala program kesedaran OSH dijalankan oleh pihak Pejabat OSH dan program Fun Learning Toy Library (FLTL) dilaksanakan oleh penyelidik dari Fakulti Kecerdasan Buatan (FKB) dibantu oleh mahasiswa dari Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM). Program ini telah mengorak langkah dengan menjalin hubungan kerjasama bersama beberapa PTJ di UTM Kuala Lumpur bagi memenuhi SDG 4 iaitu Pendidikan Berkualiti. Mendapatkan pendidikan yang berkualiti adalah asas untuk mewujudkan pembangunan lestari. Kajian mendapati, lebih 265 juta kanak-kanak keciciran dalam persekolahan dan 22% daripadanya adalah pada tahap usia sekolah rendah. Oleh itu, projek ini telah di gerakkan bersama pasukan UTM yang mempunyai kepakaran yang berbeza bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Impak yang ketara dari projek ini ialah jaringan dan ikatan yang telah dan bakal dikembangkan di kalangan mahasiswa, pihak industri, komuniti setempat, terutama para guru dan murid sekolah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z719 Libraries (General)
Divisions: Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (Library) > Conference or Workshop Item
Depositing User: Mr Mohd Fadli Abdul Rahman
Date Deposited: 25 Jun 2026 08:48
Last Modified: 25 Jun 2026 08:48
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/64474

Actions (login required)

View Item View Item
Share