Salleh, Muhamd Azrul Hisam and Ruslan, Siti Raudhah and Abd Samad, Zaharah (2024) Inovasi teknologi dalam pengurusan kecemasan: Pembangunan aplikasi EMA untuk bangunan PTTA, UTHM. (Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Batu Pahat, Johor). In: SKFKKS2024, 19-20 August 2024, Perpustakaan Musa Mohamad. (Submitted)
|
PDF
Download (193kB) |
Abstract
Bangunan PTTA, yang terdiri daripada lima aras dengan keluasan 16,000 meter persegi, menempatkan sebanyak 300,000 naskhah buku dan mempunyai kapasiti untuk menampung sehingga 3,000 pengguna pada satu masa. Struktur bangunan PTTA yang luas dan berbentuk bulat serta dilengkapi dengan rak buku yang banyak dan pintu roller shutter automatik yang diaktifkan semasa kebakaran, menjadikan proses pengungsian mencabar tanpa bantuan pandu arah. Oleh itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mencadangkan agar solusi yang berkesan untuk mempercepatkan proses pengungsian bangunan ketika latihan kebakaran dilaksanakan. Tujuan utama pembangunan aplikasi Emergency Management Apps (EMA) ini adalah untuk memastikan pengguna dapat mengosongkan bangunan PTTA dalam tempoh yang singkat dan selamat sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan, dengan merujuk pandu arah yang diberikan melalui aplikasi EMA. Aplikasi ini dibangunkan secara berasaskan web (https://ema.uthm.edu.my) bagi memastikan kemudahan capaian menggunakan QR code yang terdapat dalam telefon pintar pengguna. EMA menyediakan maklumat laluan pintu kecemasan terdekat dari lokasi semasa pengguna berada, serta kedudukan alat pemadam api di sekitar kawasan QR code diimbas. Dengan adanya EMA, ia dapat meningkatkan keyakinan psikologi pengunjung terhadap keselamatan sekiranya berlaku kecemasan di dalam bangunan PTTA. Dari segi praktikal, EMA mampu mengurangkan risiko dan membantu dalam menyalurkan maklumat dengan lebih efisien semasa situasi kecemasan berlaku.
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z719 Libraries (General) |
| Divisions: | Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (Library) > Conference or Workshop Item |
| Depositing User: | Mr Mohd Fadli Abdul Rahman |
| Date Deposited: | 25 Jun 2026 08:32 |
| Last Modified: | 25 Jun 2026 08:32 |
| URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/64473 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |



