Jan Mohamad, Radia Banu and Wan Jan, Noor Azlinda and Fesal, Fujica Azura and Ibrahim, Nor Azan and Haron, Mohd Fuad (2024) Pendigitalan pelan lukisan bangunan Minden Barracks: Sokongan penyelidikan sejarah seni bina. (Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia). In: SKFKKS2024, 19-20 August 2024, Perpustakaan Musa Mohamad. (Submitted)
|
PDF
Download (266kB) |
Abstract
Minden Barracks ialah sebuah berek tentera yang terletak di pekan Gelugor di Daerah Timur Laut Pulau Pinang, Malaysia yang beroperasi dari tahun 1939 hingga 1971 sebelum diserahkan kepada Universiti Pulau Pinang (kini Universiti Sains Malaysia) pada Februari 1971. Banyak bangunan yang telah dibina sepanjang pengoperasian Minden Barracks yang menjadi markas tentera selama lebih dari 30 tahun yang menjadi tinggalan untuk digunakan oleh Universiti Pulau Pinang selepas penyerahan tapaknya. Bangunan-bangunan ini kini adalah sebahagian daripada sejarah dan ada di antaranya masih dikekalkan seperti struktur asal bangunan, dipelihara dan digunakan sebagai pejabat-pejabat pentadbiran. Pelan-pelan lukisan asal bangunan ini disimpan di Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti, Universiti Sains Malaysia dan telah diserahkan kepada Perpustakaan Hamzah Sendut (Kampus Induk) pada tahun 2018 bagi tujuan pemeliharaan. Sejarah dan seni bina lama ini berpotensi menjadi bahan kajian dan rujukan para penyelidik dalam bidang perumahan, bangunan, seni bina dan lain-lain bidang yang berkaitan. Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai inisiatif Perpustakaan Hamzah Sendut dalam pemeliharaan pelan-pelan lukisan bangunan bersejarah ini yang melibatkan aktiviti-aktiviti seperti cucian kering, pengindeksan, imbasan, suntingan dan muat naik bahan ke Portal Perpustakaan Digital, Perpustakaan Universiti Sains Malaysia supaya dapat dirujuk oleh para penyelidik dari dalam dan luar Universiti Sains Malaysia.
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z719 Libraries (General) |
| Divisions: | Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (Library) > Conference or Workshop Item |
| Depositing User: | Mr Mohd Fadli Abdul Rahman |
| Date Deposited: | 25 Jun 2026 08:24 |
| Last Modified: | 25 Jun 2026 08:24 |
| URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/64472 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |



