Sinergi Perpustakaan UKM dan Fakulti ke arah kecemerlangan Universiti Penyelidikan: Satu perkongsian pengalaman. (Perpustakaan Lingkungan Kedua, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor) (Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor).

Mohamad, Nor Asiah and Ibrahim, Shamsudin and Omar, Athirah (2024) Sinergi Perpustakaan UKM dan Fakulti ke arah kecemerlangan Universiti Penyelidikan: Satu perkongsian pengalaman. (Perpustakaan Lingkungan Kedua, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor) (Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor). In: SKFKKS2024, 19-20 August 2024, Perpustakaan Musa Mohamad. (Submitted)

[img] PDF
Download (2MB)

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan pengalaman dan peranan penting Perpustakaan Lingkungan Kedua dalam menyokong aktiviti akademik dan penyelidikan di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia. Perpustakaan Lingkungan Kedua yang mula beroperasi pada 9 September 2013 berperanan dalam menguruskan sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pengajaran, embelajaran dan penyelidikan universiti dalam bidang kejuruteraan, alam bina dan sains komputer. Justeru, Perpustakaan sentiasa cakna dalam merangka gerak kerja agar ianya seiring dengan matlamat dan hala tuju UKM ke tahap pencapaian tertinggi melalui lima (5) T.E.R.A.S. utama iaitu Watan, i-Minda, Holistik, Digital dan Prihatin. Pelan ini menjadi paksi bagi melonjakkan UKM di peringkat tempatan dan antarabangsa dalam penyelidikan, akademik, antarabangsa, bakat dan kewangan. Melalui perkongsian pengalaman praktikal, kertas kerja ini turut menyoroti pelbagai inisiatif dan perkhidmatan yang telah dilaksanakan oleh perpustakaan untuk memenuhi keperluan khusus pelajar dan kakitangan fakulti seperti penyediaan sumber rujukan terkini, aksesan kepada pangkalan data, dan program literasi maklumat yang direka khusus untuk bidang kejuruteraan dan alam bina. Aktiviti lainnya adalah seperti perkongsian kepakaran khidmat nasihat dan rujukan, pameran bertema, bual bicara atau sembang santai bersama, kursus kemahiran maklumat, program hari bersama pelanggan, mesyuarat bersama fakulti, lawatan berpandu dan lain-lain aktiviti yang berkaitan. Sinergi ini dapat direalisasikan dengan wujudnya kerjasama yang berterusan di antara pihak Fakulti dan Pustakawan Seranta Fakulti Perpustakaan UKM yang secara tidak langsung telah memberi impak yang positif kepada perpustakaan. Relevansi perpustakaan juga diiktiraf dengan adanya permohonan khidmat nasihat dan rujukan penyelidikan seperti systematic literature review (SLR), sistem pengurusan koleksi dan penerbitan artikel. Selain itu, kertas kerja ini juga membincangkan cabaran yang dihadapi oleh perpustakaan dalam menyediakan perkhidmatan yang relevan dan berkesan, serta strategi yang diambil untuk mengatasi cabaran tersebut. Kesimpulannya, peranan perpustakaan sebagai pusat sumber ilmu yang dinamik dan responsif adalah kritikal dalam menyokong kecemerlangan akademik dan penyelidikan di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z719 Libraries (General)
Divisions: Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (Library) > Conference or Workshop Item
Depositing User: Mr Mohd Fadli Abdul Rahman
Date Deposited: 25 Jun 2026 07:28
Last Modified: 25 Jun 2026 07:28
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/64470

Actions (login required)

View Item View Item
Share