Alkasirah, Nurul Azni Mhd (2025) Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Arab: Perbandingan Penggunaan Kaedah Drama Digital Dan Penceritaan Digital Berdasarkan Tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
|
PDF
Download (369kB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji kesan perbezaan drama digital dan penceritaan digital berdasarkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi (kbat) terhadap penguasaan kosa kata bahasa arab dan pencapaian tajuk pekerjaan. Ia juga mengkaji persepsi pelajar terhadap kelebihan dan keberkesanan drama digital dan penceritaan digital dalam pembelajaran kosa kata bahasa arab. Pemboleh ubah bebas dalam kajian ini adalah strategi pembelajaran iaitu drama digital dan penceritaan digital. Manakala pemboleh ubah bersandar pula adalah penguasaan kosa kata bahasa arab dan pencapaian tajuk pekerjaan. Pemboleh ubah moderator pula adalah kemahiran berfikir aras tinggi yang terdiri daripada tahap tinggi, sederhana dan rendah. Kajian ini menggunakan kaedah campuran iaitu reka bentuk eksperimental (reka bentuk empat kumpulan solomon) dan temu bual. Seramai 165 orang pelajar tingkatan satu yang terlibat dalam kajian ini. Hasil dapatan utama menunjukkan drama digital lebih baik secara signifikan berbanding penceritaan digital terhadap penguasaan kosa kata bahasa arab dan pencapaian tajuk pekerjaan. Dapatan juga menunjukkan bahawa drama digital lebih baik secara signifikan berbanding penceritaan digital pada kbat tahap tinggi dan sederhana bagi penguasaan kosa kata bahasa arab. Walau bagaimanapun, pada kbat tahap rendah, dapatan menunjukkan tiada perbezaan signifikan antara kedua-dua strategi
| Item Type: | Thesis (PhD) |
|---|---|
| Subjects: | L Education > LC Special aspects of education > LC5800-5808 Distance education. |
| Divisions: | Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia (Centre for Instructional Technology & Multimedia) > Thesis |
| Depositing User: | Mr Hasmizar Mansor |
| Date Deposited: | 24 Jun 2026 00:43 |
| Last Modified: | 24 Jun 2026 00:43 |
| URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/64433 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |



