Pelaksanaan Agihan Zakat Kepada Asnaf Fi SabīLillah Di Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman

Soib, Mohd Shuzaini (2025) Pelaksanaan Agihan Zakat Kepada Asnaf Fi SabīLillah Di Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img] PDF
Download (1MB)

Abstract

Zakat merupakan sumber ekonomi umat islam yang memainkan peranan penting dalam pembangunan ummah. Umat islam pada hari ini, sering dihimpit dengan pelbagai masalah dan cabaran sama ada dalam aspek ekonomi, politik, pendidikan dan juga sosial. Penafsiran fi sabīlillah yang berbeza-beza menyebabkan berlaku kekaburan dalam agihan sehingga dana zakat dilihat tidak dapat digunakan secara efektif dalam membangunkan masyarakat. Hal ini dirumitkan lagi dengan masyarakat yang kurang kesedaran tentang pentingnya asnaf fi sabīlillah dan masih ramai tidak percaya serta tidak menyedari peranan, kewujudan serta fungsi lembaga zakat negeri kedah (lznk) sehingga menyebabkan timbul tanggapan negatif ke atasnya. Kaedah agihan kepada asnaf fi sabīlillah yang kurang sesuai dan tidak seimbang antara penyebab umat islam hari ini turut terkebelakang sama ada dalam sektor ekonomi, pembangunan institusi pendidikan dan penguasaan golongan muda ke atas ilmu pengetahuan. Oleh itu, pengukuhan kepada asnaf fi sabīlillah menjadi pemangkin utama khususnya dalam memperkasakan sosial umat islam pada satu-satu zaman.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 04 Jun 2026 06:44
Last Modified: 04 Jun 2026 06:44
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/64289

Actions (login required)

View Item View Item
Share