Sulaiman, Aizatie Najmin (2025) Penilaian Ke Atas Model Politik Penggabungan Dalam Sistem Politik Malaysia. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
|
PDF
Download (234kB) |
Abstract
Ketidakstabilan politik pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah mengubah corak pemerintahan Malaysia, dengan kemuncaknya pada PRU15 yang menghasilkan Parlimen tergantung dan pembentukan kerajaan perpaduan pertama dalam sejarah negara. Kajian ini menilai keberkesanan model politik gabungan pasca PRU15 dengan meneliti faktor yang mempengaruhi kestabilan, kerjasama dan keberfungsian gabungan politik di Malaysia. Berpaksikan kerangka Teori Pilihan Awam, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur melibatkan 31 informan utama daripada pelbagai blok politik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Hasil analisis menunjukkan bahawa kerajaan perpaduan berjaya mewujudkan kestabilan jangka pendek, namun berdepan cabaran dalam penyelarasan dasar, perbezaan ideologi dan defisit kepercayaan antara parti. Ketiadaan piagam bersama, dominasi entiti tertentu dan struktur gabungan yang kabur dikenal pasti sebagai faktor utama yang menjejaskan keberkesanan pentadbiran. Kajian ini menyumbang kepada pengukuhan wacana politik gabungan di negara berbilang kaum serta menawarkan kerangka alternatif yang lebih inklusif dan strategik bagi pembentukan gabungan masa hadapan
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General) |
| Divisions: | Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis |
| Depositing User: | Mr Aizat Asmawi Abdul Rahim |
| Date Deposited: | 22 May 2026 08:27 |
| Last Modified: | 22 May 2026 08:27 |
| URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/64268 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |



