Strategi Daya Tindak Dalam Kalangan Ibu Tunggal Etnik Cina Di Kuching, Sarawak Untuk Menangani Cabaran Kehidupan

Sing, Irene Cheing Sing (2025) Strategi Daya Tindak Dalam Kalangan Ibu Tunggal Etnik Cina Di Kuching, Sarawak Untuk Menangani Cabaran Kehidupan. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img] PDF
Download (307kB)

Abstract

Ibu tunggal menghadapi pelbagai cabaran selepas kehilangan suami, sama ada akibat kematian atau perceraian, yang berpotensi menjejaskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan sosial mereka. Kajian ini bertujuan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal etnik cina di kuching, sarawak; menganalisis kesan cabaran tersebut terhadap kesejahteraan mereka; meneliti strategi daya tindak yang digunakan untuk mengatasi kesukaran hidup, serta mencadangkan intervensi kerja sosial yang sesuai. Kajian ini menggunakan teknik persampelan bertujuan dengan kriteria penyertaan yang melibatkan ibu tunggal yang aktif dalam persatuan keluarga ibu tunggal, warganegara malaysia, dan masih menyara anak di bawah umur 18 tahun. Temu bual separa berstruktur dilaksanakan dengan panduan soalan serta penggunaan perakam suara elektronik bagi memastikan ketepatan data yang dikumpul. Pendekatan teori peranan, teori sistem, teori keperluan, dan teori ketahanan digunakan untuk membincangkan isu-isu berkaitan ibu tunggal secara menyeluruh, disokong oleh model daya tindak serta model resiliensi dalam konteks stres, penyesuaian, dan adaptasi keluarga.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 29 Apr 2026 01:34
Last Modified: 29 Apr 2026 01:34
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/64020

Actions (login required)

View Item View Item
Share