Penentu Kepuasan Wakaf Perumahan Dalam Kalangan Pemajak Di Negeri Pulau Pinang

Abdullah, Baihaki (2025) Penentu Kepuasan Wakaf Perumahan Dalam Kalangan Pemajak Di Negeri Pulau Pinang. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img] PDF
Download (558kB)

Abstract

Kepuasan pemajak terhadap wakaf yang telah dibangunkan adalah sangat penting kepada sesebuah organisasi seperti majlis agama negeri islam pulau pinang (mainpp). Permasalahannya, harga yang ditawarkan adalah tidak mampu milik yang melebihi perumahan kos rendah yang ditetapkan oleh dasar perumahan negara 2018-2025. Selain itu, berlakunya ketidakpuasan hati dalam kalangan pemajak yang melakukan penentangan ke atas pembangunan di atas tanah wakaf yang ingin dibangunkan. Perkara ini menimbulkan persepsi negatif kepada mainpp dan kerajaan negeri. Oleh itu, kajian ini perlu dilaksanakan dengan meneliti kepuasan wakaf perumahan dalam kalangan pemajak perumahan. Objektif kajian adalah menyelidik penentu faktor-faktor kepuasan wakaf perumahan dalam kalangan pemajak, menganalisis hubungan secara langsung, menganalisis hubungan secara tidak langsung dan merumuskan hubungan faktor-faktor penentu kepuasan wakaf perumahan dalam kalangan pemajak. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang dianalisis dengan menggunakan perisian ibm spss versi 27 dan smart-pls versi 3.3.9. Kajian ini menemukan faktor kepuasan wakaf perumahan merangkumi dua elemen iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman melibatkan kesedaran dan kepatuhan agama. Seterusnya faktor luaran terdiri daripada kontrak, pengurusan, kepenggunaan, ciri perumahan, keselamatan, kejiranan dan kewangan

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > B1-5802 Philosophy (General)
Divisions: Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV)) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 15 Apr 2026 01:26
Last Modified: 15 Apr 2026 01:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/63898

Actions (login required)

View Item View Item
Share