Ibrahim, Khairil Izuan (2025) Penilaian Penerapan Nilai Murni Melalui Mata Pelajaran Usul Al-Din Dalam Kurikulum Bersepadu Dini Di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
|
PDF
Download (865kB) |
Abstract
Penerapan nilai murni (NM) merupakan asas pembentukan akhlak mulia pelajar selaras dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat Madani. Namun begitu, kajian terdahulu berkaitan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) menunjukkan bahawa tahap penerapan NM dalam kalangan guru masih kurang memuaskan. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap sumber sokongan NM, penerapan NM guru, penggunaan Laras Teks BA (LTBA), Kecekapan Lingguistik BA (KLBA) serta penghayatan NM pelajar Usul al-Din. Seterusnya, meneliti kesan sumber sokongan NM dan penerapan NM guru terhadap penghayatan NM pelajar, serta peranan LTBA dan KLBA sebagai penyederhana dalam hubungan tersebut. Selain itu, meneliti ciri-ciri lain yang wujud mengenai pemboleh ubah bebas dan bersandar ini. Reka bentuk kajian ini menggabungkan model penilaian CIPP dengan pendekatan Multi Level Mix Method secara Convergent. Aplikasi Winstep versi 3.71.01 digunakan untuk menganalisis instrumen berdasarkan Model Rasch.
| Item Type: | Thesis (PhD) |
|---|---|
| Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General) |
| Divisions: | Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis |
| Depositing User: | Mr Aizat Asmawi Abdul Rahim |
| Date Deposited: | 13 Apr 2026 01:45 |
| Last Modified: | 13 Apr 2026 01:45 |
| URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/63870 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |



