Kajian Penggunaan Tarikan Tinja Lipas Dalam Kawalan Lipas Domestik (Dictyoptera: Blattidae, Blattellidae Dan Blaberidae)

Ong, Chen Hsiung (1998) Kajian Penggunaan Tarikan Tinja Lipas Dalam Kawalan Lipas Domestik (Dictyoptera: Blattidae, Blattellidae Dan Blaberidae). PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img] PDF
Download (25MB)

Abstract

Kajian ini telah bertumpu kepada penarikan tinja lipas oleh tujuh spesies lipas domestik dan beberapa aspek kegunaan yang mungkin bagi tinja lipas dalam rancangan kawalan lipas. Semua spesies lipas dalam kajian ini adalah serangga asli di pulau pinang, malaysia; mereka adalah periplaneta americana (lipas amerika), periplaneta brunnea (lipas perang), periplaneta australasiae (lipas australia), neostylopyga rhombifolia (lipas harlequin), nauphoeta cinerea (lipas lobster), supel/a iongipalpa (lipas jalur perang) dan blattella germanica (lipas jerman). Semua spesies lipas dalam kajian ini menunjukkan tarikan kepada tinja lipas terutamanya tinja yang dikumuhkan oleh spesies sendiri, kecuali n. Cinerea. Penarikan kebanyakan tinja lipas adalah tidak spesies spesifik; sesetengah tinja lipas dapat menarik lebih daripada satu spesies lipas. Nimfa lipas adalah lebih tertarik kepada tinja lipas jika dibanding dengan lipas dewasa. Bila makanan dicampurkan dengan 1.00% w/w tinja lipas amerika, ia dapat menarik lebih banyak lipas, terutamanya uimfa lipas amerika yang datang ke makanan tersebut.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH1-278.5 Natural history (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kajihayat (School of Biological Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 01 Apr 2026 03:31
Last Modified: 01 Apr 2026 03:31
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/63826

Actions (login required)

View Item View Item
Share