Penggunaan Natrium Glukonat Sebagai Agen Pengkompleks Dalam Proses Penyaduran Tanpa Elektrik Kuprum

Zakaria, Haslizaidi (1996) Penggunaan Natrium Glukonat Sebagai Agen Pengkompleks Dalam Proses Penyaduran Tanpa Elektrik Kuprum. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img] PDF
Download (24MB)

Abstract

Kajian tentang penggunaan natrium glukonat sebagai agen pengkompleks dalam larutan penyaduran tanpa elektrik kuprum bagi pelaplsan kuprum ke atas plastik akrilonitril butadiena stirena (ass) telah dijalankan. Pengkompleks asid etilena diamina tetraasetik (edta) dan natrium kalium tartrat telah digunakan sebagai perbandingan terhadap glukonat. Kajian beberapa gabungan glukonat-edta dengan nisbah kompleks glukonat-edta 1 :1, 1:2 dan 2:1 juga dilakukan untuk mengetahui kesannya terhadap kestabilan, ph, kadar pelapisan, suhu dan kepekatan komponen aktif. Didapati penggunaan pengkompleks glulmnat-edta (1 :1) [komposisi larutan terdiri daripada kuprum sulfat 5-hidrat sebanyak 8.0 gil, natrium glukonat -. Sebanyak 3.5 gil, edta sebanyak 6.0 gil, formaldehida (37 ok) sebanyak 90.0 mill dan natrium hidroksida sebanyak 10.0 gil] adalah lebih stabil berbanding dengan larutan yang hanya mengandungi pengkompleks glukonat sahaja [komposisi larutannya terdiri daripada kuprum sulfat 5-hidrat sebanyak 8.0 gil, natrium glukonat sebanyak 7.0 g/l, formaldehida (37 o..{,) sebanyak 90.0 mill dan natrium hidroksida sebanyak 10.0 gil]. Larutan penyaduran tanpa elektrik kuprum yang menggunakan penqkornpleks tartrat paling tidak stabil. Keadaan operasi yang optimum bagi pengkompleks glukonat ialah ph antara 12.4-12.6 dan pada suhu bilik. Kadar pelapisan bagi larutan menggunakan pengkompleks glukonat adalah paling perlahan manakala kadar pelapisan bagi pengkompleks edta yang paling cepat.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: Q Science > QD Chemistry > QD1-999 Chemistry
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kimia (School of Chemical Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 31 Mar 2026 03:33
Last Modified: 31 Mar 2026 03:48
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/63817

Actions (login required)

View Item View Item
Share