Festival Idea @Pulau Pinang 2025 dan Festival Idea Putrajaya 2025 (FOI) Unversiti Sains Malaysia

Abdul Latif, Latifah and Abdul Radzak, Norliza Farhah and Md Ismail, Shafinaz and Azlan, Muhammad Airul Afzan and Mohd Asri, Anis Ariney and Jaini, Mohamad Zaidi and Hamdun, Siti Hawa (2025) Festival Idea @Pulau Pinang 2025 dan Festival Idea Putrajaya 2025 (FOI) Unversiti Sains Malaysia. Pusat Media dan Perhubungan Awam Universiti Sains Malaysia.

[img] PDF (Upload by MUHA)
Download (27MB)

Abstract

Festival Idea @Pulau Pinang 2025 (FOI) mencerminkan tekad bersama Kerajaan Negeri, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam memperkukuh ekosistem pendidikan dan inovasi negara. Selaras dengan aspirasi Wawasan Penang 2030, festival ini mengangkat semangat negeri pintar, hijau dan berdaya saing melalui kolaborasi strategik antara akademia, industri dan komuniti. Bertemakan “MADANI: Mencetus Idea, Membina Masa Hadapan”, FOI menjadi platform percambahan idea dan penyatuan kepakaran pelbagai sektor untuk memperkasa budaya inovasi, pemikiran kritis serta pembangunan bakat masa depan, ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai Silicon Valley of the East. Antara pengisian utama termasuk pertandingan inovasi SDG Innozilla, Pameran Kerjaya dan Industri, Zon Interaktif STEM, Galeri Idea, serta forum bersama individu yang handal mengenai inovasi, kelestarian dan pemerkasaan komuniti. Selain itu, pameran budaya dan antarabangsa, pemeriksaan kesihatan percuma, dan Khutbah Jumaat khas yang menekankan kepentingan ilmu serta inovasi turut menjadi sebahagian daripada pengisian utama program. 2 Festival Idea

Item Type: Book
Additional Information: Upload by MUHA
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2326.4-2330 Institutions of higher education
L Education > LG Individual institutions (Asia. Africa) > LG396.5 Universiti Sains Malaysia
Divisions: Pusat Media dan Perhubungan Awam (Media & Public Relations Centre (MPRC)) > Book
Depositing User: Administrator Automasi
Date Deposited: 05 Feb 2026 00:56
Last Modified: 05 Feb 2026 00:57
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/63551

Actions (login required)

View Item View Item
Share