Peranan Nerve Centre Dalam Mengurus Pandemik Covid-19 Di Universiti Sains Malaysia

Hussin, Zulkifli Che (2024) Peranan Nerve Centre Dalam Mengurus Pandemik Covid-19 Di Universiti Sains Malaysia. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img] PDF
Download (545kB)

Abstract

Corona Virus 2019 atau lebih dikenali sebagai COVID-19 merupakan perkara yang sering dibincangkan dan diperdebatkan pada masa ini kerana telah menjejaskan keselamtan satu dunia dalam pelbagai aspek. Semua perkara terkesan akibat daripada pandemik ini termasuk juga institusi pendidikan. Di Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengambil inisiatif bagi membendung penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar dan staf dengan menubuhkan Nerve Centre atas dasar untuk membantu universiti dalam menangani penularan wabak ini. Di sini merupakan permulaan bagi penyelidik untuk mengkaji pengurusan COVID-19 yang dilaksanakan oleh USM. Terdapat tiga objektif yang perlu dicapai. Pertama, mengkaji jenis kepimpinan pengurusan Nerve Centre dalam menangani COVID-19 di USM. Kedua, mengkaji peranan pengurusan Nerve Centre di USM bagi menangani COVID- 19. Ketiga, mengenal pasti cabaran pengurusan Nerve Centre di USM bagi menangani COVID-19. Data-data yang didapati tersebut kemudiannya dianalisis dengan analisis menggunakan perisian SPSS. Kajian ini menggunakan responden seramai 150 orang dalam kalangan staf dan pelajar Universiti Sains Malaysia bagi mendapatkan data utama berkenaan pengurusan COVID-19 tersebut. Hasilnya, didapati bahawa pengurusan COVID-19 di USM sangat berkesan membantu pengawalan penularan wabak tersebut.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Noor Azizan Abu Hashim
Date Deposited: 19 Nov 2025 08:41
Last Modified: 19 Nov 2025 08:42
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/63246

Actions (login required)

View Item View Item
Share